Wednesday 29 February 2012

Wordless Wednesday #7 ~ Kuala Sepetang Mali ~ Sedaapppp

Views


Mee Udang



Mee Goreng Udang






Kata Hatiku : Memang terbaik masakan Restoran Mak Jah Kuala Sepetang









Tuesday 28 February 2012

Cerita Lucu Zaman Sekolah ^_^

Views




Semalam sy ada post gambar-gambar masa zaman sekolah kat entry ni...ada jugak la yg komen & salah satunya cam print screen kat atas tu...komen ni lah yg menyebabkan sy teringat kisah lucu semasa form 5...ehhh jap pasal cinta monyet tu sy tak mau citer la ye...abadikan dalam memori sendiri je...(padahal maluuuu nak citer sebenarnya ^_^ ) Kita citer pengalaman yg lucu je la ye...Hehee sy dah gelak dulu sebab masih boleh bayangkan kejadian tu...

Gini citernya, satu hari ketua kelas ada la bawak katak plastik ke sekolah...dia dapat idea nak kenakan kawan dalam kelas...yg jadi mangsanya kawan yg duduk sebelah ngan sy merangkap bestfriend sy...masa tu kawan sy ni tak ada dalam kelas...si ketua kelas ni amik peluang masukkan katak plastik tadi dalam pencil case kawan sy tu...dia siap pesan kat sy jangan bagitau...hehee yg sy ni pulak bersekongkol...sekali sekala bertanduk pulak sy ni...ehhh bukan sy je tau kawan-kawan yg lain pun sama berpakat...hehehee

Bila kawan sy tu dah masuk semula kelas...si ketua kelas ni pura-pura la nak pinjam pen kaler emas...dulu-dulu kan pemes pen kaler-kaler tu...ada warna perak la, ungu la & macam-macam lagi kaler la...yg bestfriend sy ni memang kaya ngan pen tu...haaa nasib ko la ye...bila kawan sy ni dah duduk & bukak pencil case dia apa lagi tersembul la katak plastik tu...huhuhu kawan tu punya le terkejut &  nak bangun dari kerusi sampai kerusi tu terbalik ke belakang...hehee yg lain-lain dah pakat gelak-gelak dah...hampir nak menangis jugak le bestfriend sy ni...cepat-cepat ketua kelas amik katak tu kata kat kawan katak plastik je ni...hehee kena marah la jugak ketua kelas tu...last-last bestfriend sy tu pun gelak sama sebab malu nasib tak jatuh masa terkejut tu....





Memang kenangan betul semua tu...yg paling best bila terjumpa balik kawan-kawan sekolah kat facebook bukak balik citer ni...pakat masing-masing gelak & minta maaf sebab bersekongkol...memang ketua kelas ni yang banyak menceriakan kelas sebenarnya...dah la 10 orang je lelaki dalam kelas masa tu, 30 orang lagi perempuan...tapi yg 10 orang tu la buat kelas jadi gamat...hehee gitu la citernya..kenangan yang tak dapat dilupakan ^_^



Kata Hatiku : Taip entry ni sambil senyum sorang-sorang...hehehe











Monday 27 February 2012

Kenangan Terindah 15 Tahun Yang Lalu ^_^

Views


Terasa rindu sangat-sangat masa zaman bergelar budak sekolah dulu...huhuu rasanya waktu ni lah kenangan yang terindah...betul tak ???

Meh kita layan gambar-gambar zaman dulu kala ni...hehee korang-korang jangan gelak tau...muka bebudak je masa ni...ni sumer terjadi di hari-hari terakhir persekolahan...orang sibuk prepare nak mengadap SPM kitorang bergambar sakan...



Ehehee...sampai baring atas lantai tu...dasatttttt



Siapa posing paling mengancam...hahaha



Hikhikhik...konon verangan cam group retis le tu...



Haaa amik ko sampai atas meja pun leh bergambo...


Bila tengok balik gambar-gambar ni senyum sorang-sorang...yang pasti sumer dah ada kehidupan sendiri...ada yang masih berhubung...ada juga yang menghilangkan diri tanpa tinggal kesan jejak...apa pun saya rinduuuuuuuuu zaman sekolah saya...






Kata Hatiku : Ada ke yg cari mana satu tuan belog ni dalam gambar-gambar di atas...hehee jumpa ke?^_^

Friday 24 February 2012

Jangan Jadikan Al-Fatihah Surah Syaitan ~ Mari Baca !!!

Views





Kita sedia maklum Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat...apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat...Kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya kesalahan kecil memberi impak yang sangat besar...Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid...Bukan setakat bacaannya saja rosak, malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita...Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tak berhati-hati...

Nama Syaitan

1) DU-LI-LAH ( bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

2) HIR-ROB ( bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya HI-ROB

3) KIY-YAU ( bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya KI-YAU

4) KAN-NAK ( bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya KA-NAK

5) KAN-NAS ( bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya KA-NAS

6) I-YA ( bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5, jika salah bacaanya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!

7) SIROTHOLLAZI.........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

8) AMIN. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...2 harakat MIN...3 harakat...semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat...InsyaAllah...Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya...

Saya pernah share artikel ini di dalam Facebook & sy rasa ingin share pula di dalam blog sebagai panduan/peringatan untuk diri sendiri & juga kawan-kawan sy di sini...


Kata Hatiku : Niat berkongsi untuk memberi pengetahuan kepada mereka yg tidak mengetahuinya...

Kredit : Tuan Punya Artikel

Thursday 23 February 2012

Ke Mana Roh Kita Sebaik Keluar Dari Jasad ???

Views





Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahanam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata : "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr: 24).

Sedang ROH BERIMAN, sebaik kelura dari jasad terus di bawa melalui & lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah SWT, lantas Allah berfirman :

Hai Jiwa yang tenang. Kembalikah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga ku (Al Fajr : 27, 28, 29).

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah. Kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR. Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.

Artikel ini sy baca di Facebook seorang sahabat & beliau memberikan keizinan untuk di kongsikan bersama...sy percaya tidak ramai yg tahu akan hal ini & marilah sama-sama kita ambil iktibar...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Terasa kerdil di sisi Mu...Tetapkanlah iman ku mengikut jalan kebenaran Mu....


Wednesday 22 February 2012

Tuesday 21 February 2012

Apa Kaitan Filem Azura Dengan Adikku ???

Views


Jeng...Jeng...Jeng...
Apa pulak kaitannya ni ye...ni penangan filem Azura versi original tau...yang dilakonkan oleh Jamal Abdillah & Ogy Ahmad Daud pada tahun 1984...bukan Azura versi 2011 ni ye...

Masa filem ni meletup umur sy baru 4 tahun....memang tengok la filem ni kat tv...hehee kecik-kecik lagi dah pandai tengok filem cintan cintun ni (maluuuuuuuuu)...

Nak dijadikan cerita adik sy lahir tahun 1985 & sy pula dah masuk umur 5 tahun la kan masa tu...huhuu lama giler jadi anak bongsu tapi tak manja pun tau ^_^...

Masa adik baru lahir mestilah nak kena bagi nama kan kan kan...hehee yg sy ni pulak punya la taksub sangat dengan filem Azura tu kot sampai cakap kat mak abah bagi nama Azura kat adik...hahaha  5 tahun dah pandai bagi nama tuuuuu...yg bestnya mak abah ikut lak tu cadangan sy...hehee akhirnya adik sy bernama Azura....tu la dia nya sejarah nama adik sy...




Bila dah besar-besar ni mak citer la balik kat adik asal usul nama dia...hikhikhik punya la adik marah kat sy...bukannya apa sebab mak abah bagi nama kat kakak-kakak dia punya la sedap-sedap & panjang-panjang...dia punya nama pendek je...hehee ya ampunnn wahai adik ku...

Sekarang ni adik sy dah bergelar Inspektor Polis pun...baru 2 bulan dengan kerjaya baru nya...sy pernah citer kat entry ni...Ok apa nama tu sesuai je kan Inspektor Azura...hehee kadang2 rasa cam tak percaya je dia dah jadi polis... sebabnya adik sy ni penakut...dalam rumah pun takut..."mak teman adik jap nak gi bilik air"...."mak teman adik jap nak gi dapur"...ni la ayat dia kalau waktu malam kat rumah...kadang-kadang sy jadi mangsa jugak jadi peneman dia...kalau nampak pulak lipas terbang lagi la dia lari dulu...hehee yg ni sy pun sama takutttttttt...







Ni je sebenarnya kaitan filem Azura dengan adik sy...
Citer dah tamat ^_^


Kata Hatiku : Sentiasa doakan yg terbaik untuk insan-insan yg tersayang terutamanya keluarga...




Monday 20 February 2012

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Views




Doa merupakan permohonan atau pengucapan seorang hamba yang dilakukan secara langsung dengan Allah SWT...kita perlu tahu setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah SWT...




Firman Allah SWT bermaksud : "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik."(Surah Al A'raaf,ayat 55-56).

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan & kemuliaan yang berbeza-beza...Di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik & mustajab untuk berdoa...Tetapi kadang-kadang kita mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut...

Kita menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama & tidak berbeza. Setiap orang Islam seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama & mulia untuk berdoa agar mendapat kejayaan, keuntungan, kemenangan & keselamatan.

Di sini sy ingin berkongsi bilakah waktu-waktu mustajab yang sepatutnya kita tadahkan tangan memohon doa kepadaNya...kepada yg sudah tahu anggaplah ia sebagai peringatan tambahan dalam memori ye ^_^

Waktu-waktu mustajab tersebut ialah : -

1. Sepertiga akhir malam
2. Tatkala berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
3. Setiap selepas solat fardu
4. Ketika saat perang sedang meletus
5. Sesaat ketika hari Jumaat
6. Ketika bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah SWT
7. Doa di antara azan dan iqamah
8. Doa ketika sujud di dalam solat
9. Ketika saat sedang hujan
10. Ketika ajal tiba 
11. Saat berlakunya Lailatul Qadar
12. Doa ketika hari Arafah
13. Ketika berpuasa
14. Sepanjang perjalanan musafir
15. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadat haji dan umrah
16. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
17. Waktu menerima ujian
18. Ketika ayam berkokok
19. Ketika membaca al-Quran terutama apabila khatam al-Quran



Kata Hatiku : Mengadulah kepada Allah kerana Dia maha pengasih & penyayang...






Friday 17 February 2012

Bila Derita Bertamu Di Kalbu

Views


Tiada disangka tiada juga diduga,
Bahagia yang dicari derita pula yang tiba,
Hanya jujuran linangan air mata,
Menjadi teman di kala berduka...

Moga hati ini tidak mati,
Moga jiwa ini juga hidup kembali,
Mengharap derita berlalu pergi,
Sinar bahagia pula yang di nanti...

Hanya kepada Mu yang Esa,
Tempat ku meminta,
Mengadu nasib jiwa yang lara,
Memohon ketenangan seluruh jiwa...






Andai diri dilanda duka, diselimuti sengsara, diuji namun hampir rebah...banyak ucapkan "HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL" 
maksudnya : cukuplah Allah itu menjadi pemberi petunjuk & sebaik-baik penolong (Al-Furqaan : 31)



Kata Hatiku : Lindungi kesedihan dengan senyuman, meskipun di hati penuh kedukaan...kerana ketabahan menghadapi dugaan, menunjukkan kita mempunyai iman...




Thursday 16 February 2012

'NINO..NINO..NINO' ~ Bila Siren Ambulans Berbunyi

Views





Semalam dari dalam surau pejabat sempat menjenguk keadaan jalan raya yg tersangat la sesaknya...di tambah pula ketika itu hujan lebat...memang jalan kat Bangsar ni terkenal dengan kesesakannya...siapa2 yg tinggal kat area ni dah terlebih maklum dengan hal ini...

Ketika leka melihat kenderaan berpusu2 terdengar bunyi siren 'nino..nino..nino..nino'...terus hati berkata2 ' Ya Allah kesiannya siapa la yg ada dalam Ambulans tu...dah la jalan tengah sesak'...sy perhatikan kenderaan yg berpusu2 tadi memberi laluan kepada Ambulans tersebut...Alhamdulillah itu lah sikap yg perlu ada dalam diri setiap pemandu...

Kita tidak tahu macamana keadaan pesakit yg ada dalam ambulans tersebut...Andai lambat sampai ke hospital akibat kesesakan tadi apa lah nasibnya kan...Oleh itu sikap perihatin di atas jalan raya sangatlah di galakkan...

Tabiat sy pula bila terdengar je siren Ambulans berbunyi terus berdoa di dalam hati 'Ya Allah, selamatkan lah sesiapa sahaja yg berada di dalam Ambulans tu'...itu lah yg sering sy lakukan bila terdengar je siren Ambulans tidak kira nampak di depan mata atau pun bunyi siren tu sayup2 kedengaran je...hanya itu yg mampu sy lakukan...

Kepada pengguna2 jalan raya pula janganlah hanya pentingkan diri sendiri je...perlu bertimbang rasa dalam keadaan2 kritikal yg kita tak jangka...Bukan susah pun, pandu sahaja kenderaan ke tepi untuk beri laluan kecemasan...habis citer kan ^_^


Kata Hatiku : Moga sikap perihatin kita di jalan raya akan dapat menyelamatkan nyawa pesakit...








Wednesday 15 February 2012

Wordless Wednesday #5 ~ Gambar Di Sebalik Gambar

Views






Sumber : Tagged

Tuesday 14 February 2012

Perlu Ke Ada PHD ???

Views

Opssss PHD yg mana satu yg sy maksudkan tu ekkk?? Ermm bukan PHD - 'Doctor of Philosophy' tu tau...ni PHD yg gitu2 tu...malas sy nak taip panjang2...rasanya korang pun leh faham kan...

Korang rasa perlu ada ke sikap tu??? pd sy la PHD tu perlu ada kalau di gunakan betul pada hal @ keadaan yg sepatutnya...tak faham??? gini ye kalau kita cemburu tengok kejayaan orang, kita jadikan ia sebagai satu cabaran...kita buktikan kita juga mampu berjaya seperti orang lain...

Tapiiii...kebanyakan PHD yg ada dalam diri manusia ni ke arah yg negatif je...ermmm pantang nampak kelebihan orang...mula la bertindak melulu janji diri sendiri puas hati...huhhh! tak suka sungguh dengan manusia camni...

Saya pasti dalam berbelog ni pun tak lari juga dari masalah PHD...ada segelintir yg tidak berpuas hati...tapi tak betul cara melepaskannya...tak guna kita mengeluarkan kata2 yg boleh mengguris hati...orang kata bahasa juga melambangkan peribadi seseorang...kita perlu ingat kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dengan manusia....

So kepada penulis ke tukang komen ke elok la kita berfikir sebelum meluahkan sesuatu...Jaga adab kita sesama manusia...penat je ibu ayah kita didik kita kan...sebabnya bila ada yg membuat kesilapan orang akan berkata "anak sape la tu"...ibu ayah juga yg dapat nama kan??? Yg pasti elakkan la virus PHD meresap masuk dalam diri kita ye...




Peace No War  ^_^




Kata Hatiku : Jangan nampak kesilapan orang lain je sedangkan diri sendiri pun tak berapa betul...

Thursday 9 February 2012

3 Bulan Berblog ~ Inilah Hasilnya ^_^

Views


Hari ni genap 3 bulan usia blog sy ni...Alhamdullilah sy seronok berkongsi apa yg sy tahu...seronok juga apabila ada yg komen positif tentang blog sy ni...InsyaAllah akan diperbaiki mana yg terkurang & tegur la sy untuk kebaikan bersama ^_^

Inilah dia hasil yg sy dapat selama 3 bulan berblog...
Meh tengok ^_^


Pageviews & Posts




Followers




Jangan gelakkan sy ekk




Terima kasih sy ucapkan kepada followers2 sy...tak lupa juga kepada korang2 yg rajin klik iklan kt blog sy ni & juga pihak Nuffnang..Harap korang terus bagi sokongan & rajin2 lah terjah blog sy ni ye...

Happy Blogging 



Kata Hatiku : Bersyukur dengan apa yg ada...Moga blog ini mendatangkan faedah kepada korang2 yg sudi singgah ke sini ^_^


Wednesday 8 February 2012

Wordless Wednesday #4 - Kasihnya Ibu ~ Sayangnya Anak

Views







Kata Hatiku : Kasihnya ibu tiada tandingannya...terima kasih ibu-ibu semua....saaaaayang mak ^_^

Thursday 2 February 2012

Bila AKAL & HATI Berbicara Tentang KASIH & CINTA

Views



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal & hati berbual berkenaan kasih & cinta...

Akal : Assalamualaikum, sahabat
Hati  : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.


Akal : Apa khabar iman anda?
Hati  : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati  : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yg mana, sahabatku?
Hati  : Kedua dia, Dia yg hakiki, juga dia yg entah ke mana akhirnya...
Akal : Tidak mengapa, itukan fitrah manusia
Hati  : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yg lebih utama.
Hati  : Tapi...Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan.  Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati  : Kasih & sayang
Akal : Bagiku cinta itu gila
Hati  : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yg dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yg diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yg lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati  : Ya. Begitu yg aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati  : Orang kata ibadah itu taat & patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati  : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati  : Jadi...Apa sebenarnya yg engkau ingin sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati  : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang & malam ! Tegas hati...
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...


Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yg lebih berharga untukmu!


Aliran sungai merah terasa semakin deras megalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yg gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa & tangisan hambannya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis...sepi...kesal...








Sy tertarik dengan artikel ini & ingin berkongsi bersama di sini...
Kadang-kadang ketika ditimpa dugaan mesti ada yg merintih sendiri kenapa kita yg terpaksa tempuhinya bukan orang lain...betul tak??? Tanpa kita sedar Allah telah mengatur yg terbaik untuk kita sebenarnya...yg pasti kita harus redha dengan ketentuanNya...


Kata Hatiku : Setiap yg berlaku ada hikmahnya...

Sumber : iluvislam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...