Friday 18 May 2012

Rahsia Wanita Terbongkar Ketika Berjalan

Views

Salam

Wahai kaum Hawa meh kita lihat kita yg mana satu kah?

a) Ketika berjalan, selalu kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Wanita seperti ini dikatakan pandai menyimpan rahsia. Walaubagaimanapun ramai yg menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diurus.

b) Jika berjalan, jika diperhatikan dari arah belakang seolah tidak berpijak ke bumi. Kononnya, wanita yg jalannya berginjat, mereka ini tidak jujur. Dikatakan, kalau berbual mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yg berjalan seperti ini juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya, pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Namun dikatakan yg wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

c) Suka menunduk ketika berjalan, wanita yg berjalan spt ini dikatakan memiliki sifat yg tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang2 yg rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita spt ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yg dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yg berjaya menawan hatinya, mereka akan mendapat kebahagiaan. Kerana wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya.

d) Wanita yg berjalan menatap lurus ke hadapan, adalah dikatakan memiliki pendirian yg teguh, tidak senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali2 menentang apa yg dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, dia selalu berselisih pendapat. Wanita spt ini dikatakan hanya mahu berbual dengan orang yg berpengalaman luas.

e) Wanita yg badannya sering bergerak ke kiri dan ke kanan, adalah dikatakan tidak ambil kisah dengan masalah yg berlaku. Apa pun masalah yg ada di hadapannya, dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sikapnya suka ambil mudah ini, banyak persoalan yg akhirnya tdk dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

f) Jika berjalan badan nampak tegap. Wanita ini dikatakan tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri org lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yg menarik pada wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa2 yg dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa meninggalkan sifat2 romantiknya.

g) Kelihatan seperti zirafah ketika berjalan. Maksudnya, ketika melangkah badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini dikatakan sangat lemah perasaannya. Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita spt ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Ciri-ciri wanita yg mengikut cara berjalan spt yg dinyatakan di atas hanyalah berdasarkan pandangan orang yg mengkajinya. Tidaka ada nas daripada al-Quran mahupun hadis dalam perkara ini. Wanita yg terdidik dengan iman dan takwa, sudah pasti cara berjalannya sopan, menjaga pandangan dan membataskan diri daripada hal2 yg tidak wajar baginya.


Kata Hatiku : Orang kata sy berjalan macam mencari benda hilang je...maksudnya suka menunduk ketika berjalan la kan :)

Thursday 17 May 2012

Ya Tuhanku...

Views



Kata Hatiku : Begitu sukar mencari pelengkap kekurangan diri ini...

Wednesday 16 May 2012

16 Mei Dalam Kenangan

Views

 Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Bila 16 Mei lagu tersebut akan di nyanyikan oleh guru2 kan..sy juga pernah menyanyikannya...pada tarikh ini akan muncul la kenangan terindah dalam diri saya...untuk pengetahuan korang sy pernah bergelar Guru Sandaran Tidak Terlatih selama 2 tahun...walau pun hanya sementara kenangannya cukup indah untuk sy kenang...

Sempat la juga merasa sambutan hari guru sebanyak 2 kali tahun 2004 & 2005...memang meriah la dapat hadiah dari murid2...masa ni sy mengajar kat sekolah rendah...maklum aje la cikgu baru pastu tak garang pulak tu...mesti la budak2 suka kan...hehee...hadiah2 yg murid2 bagi masih elok dalam simpanan walau pun dah 8 tahun berlalu...masa tu segan pun ada cikgu2 lama dok pandang je bila murid2 bagi hadiah...sedangkan diorang lagi lama mengajar kat situ...bukan salah sy kan :)

Tahun 2005 sy mengajar di sekolah menengah pula...bukan ajar budak aliran normal tetapi aliran Pendidikan Khas...huhuu masa mula2 nak masuk kelas memang macam2 rasa la...bukan apa bila tengok karenah2 diorang tu...tapi sy silap...rupanya dengan mereka lagi best rasanya berbanding dengan budak2 normal...budak normal ni kurang hormatnya...bila sy lalu depan diorang je macam2 bunyi mak bapak tikus keluar...ada je yg nak di usik...memang tahan sabar je la masa tu...

Budak2 pendidikan khas ni memang macam2 ragam...tapi sebagai cikgu diorang sy faham mereka macam mana...ada yg suka peluk2 sy kata sayang kat cikgu...yg ni murid perempuan je tau...nasib baik yg lelaki tak buat camtu...kalau tak, naya la saya kan :)
yang sy tak boleh lupa seorang pelajar lelaki ni...dia ni syndrom down...cikgu2 lain dah bagitau dia ni suka pegang bontot cikgu...bukan cikgu perempuan je cikgu lelaki pun di pegangnya...akhirnya sy pun terkena juga...dok asyik sangat ajar budak lain tak sedar dia kat tepi dok pegang bontot sy...hehee nak marah pun ada nak gelak pun ada masa tu...kalau marah pun bukan dia faham...lagi satu dia suka buat isyarat rapat kan dua2 jari telunjuk pastu tunjuk kat sy...nak tau apa maksudnya...dia nak kawin dengan sy...hehee jadi bahan usik cikgu lain je...Semua tu hanya tinggal kenangan...akan terpahat dalam memori sy sebagai kenangan yg terindah...

Di kesempatan ini sy ingin ucapkan kepada seluruh guru di Malaysia...

'SELAMAT HARI GURU'

Kata Hatiku : Terima kasih cikgu...

Monday 14 May 2012

Rindunyerrrrrrr...

Views

Salam..

Huhuu lamanya blog ni tak di update...maaf ye korang2 yg menunggu entri baru di blog ni...ishh ishh ada ke yg tunggu ekk?
 blog pun belum setahun jagung ada hati nak perasan ada yg tertunggu2 :)
Apa pun terima kasih kepada yg sudi menjenguk ke sini walaupun x berupdate...terutamanya kepada Cik Nur cayang...jadi jaga blog akak ekk...terima kasih banyak2 ye...saayanggg dia :)
Memang terasa rindunya nak aktif kembali...InsyaAllah jika ada kelapangan sy akan blog walking & update entri terbaru....

Tungguuuuuuuuuuu :)

Miss U All

Wednesday 2 May 2012

Mohon Maaf...Blog Kini Sepi

Views


Salam
Kepada kawan-kawan semua...saya mohon maaf tidak dapat blog walking seperti biasa...saya juga tidak dapat update selalu seperti sebelum ini...ini semua terjadi atas masalah-masalah yg tak dapat nak di elakkan...

Kepada geng Group Segar Follower, saya minta maaf sebab tak sempat nak promote blog-blog korang...InsyaAllah andai di beri kesempatan lagi selepas ini saya akan laksanakannya...mungkin ini entri terakhir sebelum blog ni sunyi sementara waktu...sampai bila saya pun tidak pasti...

Kepada yg sering jenguk blog ni, saya ucapkan terima kasih & maafkan saya sebab tak dapat nak balas kunjungan ye...saya pasti akan merindui korang2 semua tau...
Babai
:(


Kata Hatiku : Sedih rasanya...insyaAllah sampai masanya nanti saya akan aktif semula...huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...