Thursday 23 May 2013

7 KALIMAT PENGHAPUS DOSA

Views


Barang siapa hafal tujuh kalimat ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap ketika hendak memulakan atau melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap ketika selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astaghafirullah" jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut.

4. Mengucap "InsyaAllah" jika merancangkan sesuatu pada hari ini atau esok hari.

5. Mengucap "Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah" jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai ataupun tak diingini.

6. Mengucap "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'uun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "Laa Ilaaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah" sepanjang siang dan malam, sehingga ianya tidak terpisah daripada lidahnya.


Artikel ni saya share dari Facebook...sy masukkan ke dalam blog untuk peringatan kepada diri sy sendiri juga...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Mari kita amalkan...yang untung diri kita juga kan (^_^)

Friday 17 May 2013

Bersyukurlah Dengan Nikmat Kurniaan Dari-Nya

Views

Salam

Sy nak kongsi cerita yg berlaku pagi tadi...Kejadian yg membuatkan sy berfikir tentang nikmat yg Allah berikan kepada kita...

Semasa sy berjalan menuju ke stesen LRT sy lihat seorang lelaki Melayu yg cacat penglihatan menuruni tangga...semakin lama kami semakin hampir kerana sy ingin menaiki tangga tersebut...bila kami hampir bertembung sy tergamam sebab makin sy mengelak, tongkatnya di hayun ke kiri dan ke kanan dan sy hampir-hampir terkena tongkatnya itu...yg paling sy tergamam bila lelaki tersebut hampir-hampir melanggar tiang di laluan pejalan kaki...sy terkaku sekejap sebab tak tau nak tolong macamana...nak tarik tangan dia...dia pulak pakai kemeja lengan pendek...alhamdulillah Allah utuskan hambanya untuk membantu tepat pada masanya...seorang lelaki Cina yg  melalui jalan tersebut terus memegang tangan lelaki "celik hati' itu td...sy mendengar lelaki Cina itu mengucapkan good morning dan bertanya dia hendak ke mana...syukur lelaki tadi selamat dari terlanggar tiang...sy pun terus menaiki tangga dan sempat berpaling ke belakang untuk melihat kedua-dua lelaki tersebut...lelaki Cina td memimpin lelaki tersebut tetapi tidak tahulah sampai mana kerana sy fikir dia juga hendak ke tempat kerja yg mungkin berlainan arah...dan sy mula terfikir macamana lah perjalanan lelaki 'celik hati' itu seterusnya nanti...dalam hati sy doakan moga dia selamat sampai ke destinasinya dan untuk lelaki Cina td moga dibalas baik pertolongannya itu...




Sy ambil iktibar dari kejadian ini...kerana sy pasti ada antara kita yg selalu mengeluh kerana di timpa atau di uji dengan pelbagai dugaan...kita kena ingat bahawa ada lg orang lain yg di uji lg dasyat dari kita...contohnya lelaki tadi Allah tarik nikmat untuk melihat sedangkan kita yg celik mata ni kadangkala tak tau nak bersyukur diberi penglihatan yg baik untuk memudahkan kita menjalani kehidupan...satu lg iktibar yg sy dapat ialah pertolongan perlu di berikan kepada sesiapa sahaja yg memerlukan tanpa mengira kaum, warna kulit atau sebagainya...mungkin hari ini hari dia...entah esok lusa kita pula yg di timpa bencana...siapa tahu kan?

Apa pun yg penting kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan kepada kita...kerana dalam sekelip mata Allah boleh tarik semula apa yg telah diberikan kepada kita andai DIA mahu...


Kata Hatiku : Bersyukur dengan apa yg ada...


Tuesday 7 May 2013

Rahsia Awet Muda Ku

Views

Salam



Ini lah rahsianya...hehee awet muda la sangat...sy dah pakai produk Safi Rania Gold ni since 2009 lg sampai la sekarang ni...alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan...mane la rupa awet mudanya tu ek...

 Jeng...Jeng...Jeng




Hehee nampak muda ke...
ape? 
umur? 
sy dah 33 tahun dah...

 Perasan je kan tuan belog ni (~_~)

Apa pun bersyukur dengan apa yg ade...semuanya hanya pinjaman sementara dari DIA...




Kata Hatiku : Nak lg nampak muda sentiasa la basahi wajah dengan air wudhuk (*_*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...