Monday, 9 July 2012

Apabila Hamba Allah Jatuh Sakit

Views

Salam

Mari kita lihat dengan mata hati kita apa yang terjadi...Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang Malaikat :

* Malaikat pertama akan mengambil selera makannya.

* Malaikat kedua akan mengambil rezekinya.

* Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (muka pucat).

* Malaikat keempat akan mengambil dosanya.


Apabila sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh Malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka...Tetapi ALLAH tidak menyuruh Malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya.


~ Lihatlah betapa sayangnya ALLAH kepada kita ~


Kata Hatiku : Sebaknya bila mengenangkan kasih sayang Allah swt yang tiada tandingnya kepada kita semua...

Sumber : FB

Sunday, 8 July 2012

"Takde Apa Apa"

Views

Salam






"Dialah yang selayaknya untuk kita berkongsi segalanya...Kerana Dia yang mencipta diri ini...Dan kepadaNya kita akan kembali"


Kata Hatiku : Biasanya sebut "takde apa apa" kononnya tak nak bagi orang yg bertanya tu risau...padahal diri sendiri menderita hanya Dia yang maha mengetahui...korang pun mesti ada yg macam ni juga kan kan??
 ^ _ ^

Sumber : FB

Wednesday, 4 July 2012

Ya Allah Rahmatilah Kehidupan HambaMu...

Views

Salam


Tersentuh dengan bait-bait ayat di atas ni...kadang2 jadi jugak camtu...bila termenung mula la mengenangkan nasib diri...tambah pula bila hidup merantau, susah senang sorang2 yg tanggung kan...cumanya kita perlu ingat kalau kita rasa diri kita ni selalu sangat diduga sebenarnya ada orang lain yg lebih malang nasibnya...Allah itu maha adil...Dia tak akan membebani kita dengan sesuatu yg kita tak mampu tanggung...berdoalah kepadaNya kerana hanya doa lah merupakan senjata kekuatan kita...
Moga Allah rahmati hidup kita...amin...



Kata Hatiku : Ada benarnya dunia ini hanya pentas lakonan...di hati duka tetapi di wajah gembira...hanya DIA yg mengetahui segala-galanya...

Wednesday, 27 June 2012

Wordless Wednesday #14 ~ Stop Smoking !!!

Views





Kata Hatiku : Merokok ibarat membakar diri sendiri...hehee bleh ke kata gitu...

Sunday, 24 June 2012

Rahsia Kebijaksanaan Perkataan "ALHAMDULILLAH" Selepas Bersin...

Views

Salam
Sekadar berkongsi moga ada manfaatnya...

Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam...

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda...

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati...

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti...

Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah, kita selamat bersin...Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku...Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik dengan menyebut 'ALHAMDULILLAH'




Kata Hatiku : Sebarkan supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...