Monday 30 January 2012

Hebahan Palsu Kematian - Dah Tak Ada Keje Lain Agaknya!!!

Views

Salam sumer

Harap korang sihat-sihat aje di hari Isnin yg memang hari paling lemau nak gi keje sebab dah bercuti Sabtu & Ahad...ehhh ehhh ada kan yg keje weekend...lagi kesian kan, patutnya kita yg keje 5 hari seminggu ni perlu bersyukur dapat jugak rehat2...tu la tuan blog jangan nak lemau2 lg ekk ^_^

Oppss lari tajuk lak...ok2 sebenarnya sy nak citer pasal hebahan palsu ni...dah jadi macam trend pulak kebelakangan ni...yg paling sadis sekali hebahan tu pulak mengenai kematian...orang yg masih hidup di katakan sudah meninggal dunia...ada ke patut??? ishhh ishhh ishhh...

Dah tak ada keje lain nak buat agaknya...tapiiiii agak2 la hal2 yg melibatkan kematian ni jangan la di buat main2...sebelum ni hebahan palsu mengatakan pelakon Azean Irdawaty sudah meninggal dunia...padahal beliau masih bernafas lg...janganlah di sebabkan beliau sedang sakit, ada pihak sewenang2nya nak kata dia dah meninggal...ajal maut ni bukan untuk orang yg sakit je...yg sihat walafiat pun tiba2 je boleh meninggal dunia...ini semua kuasa tuhan, kita bukan tahu...


Gambar dari myartis

Sekarang yg terbaru hebahan palsu mengenai kematian Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar di London pulak...Beliau ke sana  bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom...Pihak polis telah memaklum kan bahawa beliau berada dalam keadaan baik sahaja di sana...memang takde keje betul orang yg sebarkan khabar angin ni kan??? 


Gambar dari Google

Kepada orang yang tidak bertanggungjawab ni, bawa2 la insaf...Kalau hal tu belum diketahui sahih ke tak jangan lah di war2 kan dengan sewenang2 nya...Jaga lah sikit perasaan pihak2 yg terlibat..

Betol tak kawan-kawan???


p/s : Allah punya kuasa...jangan memandai2 buat citer x betul je.






Friday 27 January 2012

Tips - Mencari Bahagia Yang Hakiki

Views


Salam sumer

Dah beberapa hari tak update blog...bila cuti lama ni biasa la...semalam masuk opis tapi mood tertinggal lagi kat kampung...huhuu nak blogwalking pun malas semacam je...

Hari ni sy nak share pula tips untuk mencari bahagia yang hakiki...ada ke yg tak suka hidup bahagia??? dah tentu sumer orang nak bahagia kan...tapi dapat ke bahagia yg di cari tu???

Ada sesetengah orang tu hidup di limpahi dengan kemewahan tapi tidak merasai nikmat kebahagiaan...ada juga yang hidup serba kekurangan tetapi hidup mereka dilimpahi dengan kebahagiaan...

Meh sini sape2 yg nak merasa nikmat bahagia yg hakiki ikut la tips2 ni:-

1. Matlamat hidup biar hanya kerana Allah

2. Jauhi dari membuat dosa

3. Melakukan perkara-perkara yg di suruh

4. Meninggalkan segala larangan

5. Keperluan fizikal & jasad di seimbangkan

6. Percaya bahawa segala-galanya telah di tentukan Tuhan

7.Sentiasa bersyukur kepada Allah


InsyaAllah jika kita berusaha untuk ke arah kebaikan Allah akan permudahkan jalannya...


Doa untuk memohon kebahagiaan

73.gif (2934 bytes)
74.gif (1047 bytes)

Ayat 73 dan 74 surah Ali-Imran


 "Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk yang harus diikuti ialah petunjuk Allah, dan janganlah kamu percaya bahwa akan diberikan seseorang seperti apa yang deiberikan kepadamu, dan jangan pula kamu percaya bahwa mereka akan mengalahkan hujahmu di sisi Tuhanmu." Katakanlah: "Sesungguhnya karunia itu di tangan Allah, Allah memberikan karuniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas karunianya lagi maha mengetahui. Allah memberikan rahmatnya iaitu berupa kenabian kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah mempunyai karunia yang besar."




p/s : Walaupun kita hidup susah kita kena redha dan perlu berusaha kerana Allah telah menetapkan rezeki untuk hamba-hambaNya.

Thursday 19 January 2012

Ben Ashaari Tanya - Kaitan Tanda $$ Dengan Blog

Views


image


Sape tak suka $$ angkat tangan....ada ke yg tak suka ??? Tipu la klu ada yg tak suka kan kan...zaman sekarang ni semuanya pakai $$...nak buang air kecik pun kena bayor !

Hehee sebenarnya entry ni di buat untuk menjawab pertanyaan Bro Ben....dia tanya apa ekk...korang nak tau jenguk kat sini...

Jawapan sy :-

BOLEH MENJANA $$ MELALUI BLOG

Dah alang2 kita berbelog ni apa salahnya mencuba kan...rezeki tuhan nak beri kita bukan tahu...yang pentingnya kita ikhlas BERUSAHA disusuli dengan DOA & bersulamkan TAWAKAL...betoi tak???


Tapi yg pentingnya dengan berblog ni kita boleh berkongsi ilmu...mana yg baik kita ikuti...yg tak elok tu jangan pandang langsung la ye :)


duit+terbang


Kalau $$ lain dah terbang, kita ada $$ sampingan yg kita perolehi dari blog kan...INSYAALLAH


p/s : masuk masjid je yg tak kena bayor...tapiiiiiiiiiii ade je yg ngelat kan kan :)


Kecantikan Lelaki

Views


Salam sumer

Senyum sikit baru nampak manis...dalam masa yg sama korang dah bersedekah kat saya tau..hehee ^_^

Kali ni sy nak share citer pasal kecantikan LELAKI @ KAUM ADAM...ingat orang lelaki tak leh guna istilah cantik ke...boleh je tau...korang tau tak kecantikan lelaki tu letak kat mananya??? apa tak tau??? 

Ermmm jom kita lihat ekk...kecantikan seorang lelaki bukan terletak pada rupa fizikal tetapi pada murni rohaninya...






Lelaki yg cantik adalah :-

1. Lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2. Lelaki yg sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yg memberi madu, setelah menerima racun

4. Lelaki yg tenang & lapang dada

5. Lelaki yg baik sangka

6. Lelaki yg tak pernah putus asa

7. Lelaki yg tidak pernah meminta sebaliknya menyenangkan

8. Lelaki yg tidak melukakan, tetapi menggembirakan


Wahai kaum2 adam sekalian...adakah anda mempunyai ciri2 kat atas ni ??? ermmm harap2 ada la ye ^_^


p/s : nak cari lelaki yg tak merokok punya la payah...huhuu

Wednesday 18 January 2012

Monday 16 January 2012

Tq Nuffnang - Baru 2 Bulan Berblog Dah Kumpul RM 1750

Views

Salam sumer

Lama dah tak citer pasal Nuffnang ni...Tq Nuffnang & kawan2 makin hari makin meningkat walaupun sikit2 je ^_^...mesti ada yg ternganga tengok amaun tu kan...Tapi kan korang caye tak, boleh dapat banyak tu...tak caye??? 
Tengok ni...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jangan gelak ye


Ehh memang betul la kalau tak caye...sebab sy mimpi di siang hari rupanya...memang berangan le nak dapat gitu kan kan kan...Apa pun sy syukur dengan apa yg ada...

Sy ucapakan terima kasih kat kawan2 yg rajin klik iklan kat blog sy ni...lain kali klik lg, pastu bagitau kat sy ye...sy klik korang punya plak...


p/s : Ya ampun ye kawan2 saje nk buat tajuk gempak sikit...mood tengah lari ni ^_^

Thursday 12 January 2012

Tips Supaya Syaitan Tak Ikut Kita Masuk Rumah

Views


Salam sumer
Sampai je opis ni tadi sy on radio Sinar FM...kebetulan pakar motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah tengah ke udara...mungkin sebagai iklan sahaja kot...sebab jap je dengar tadi...

Beliau memberi tips apa yg perlu kita lakukan supaya syaitan tak ikut kita masuk rumah...ini kerana kalau syaitan ikut sekali kita masuk rumah akan terjadilah pertengkaran antara suami & isteri...anak degil tidak mahu dengar kata ibu bapa...terjadinya degil ni sebab syaitan dah masuk ke dalam fikiran anak2...apabila anak degil ibu bapa pula akan berkasar dengan mereka...itu lah dia penangan syaitan...



Dasyatkan, dalam kita tak sedar rupanya kita sendiri yg mengundang syaitan masuk ke dalam rumah sekiranya kita main redah je masuk rumah...so marilah kita amalkan tips yg diberikan oleh beliau.

Sebelum masuk rumah :-


1. Baca Bismillahirrahmanirrahim 3x


2. Beri salam



3. Langkah masuk rumah dimulai dengan kaki kanan





InsyaAllah tak rugi kalau kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.




p/s : Penghuni rumah juga jangan lupa baca lirik cinta Allah ye (Al-Quran) :)

Wednesday 11 January 2012

Tuesday 10 January 2012

Segmen Saya Tersenarai Dalam 1000 Blog Terhebat

Views






http://1.bp.blogspot.com/-8uR3zhaokdA/TwHK5qjTA5I/AAAAAAAABZM/puk8FrGPHG4/s1600/bannersegmenbyanysnadhilah.png



Join segmen lagi...ni kali ke dua sy join segmen dari cik Anys
Nak join tengok syarat-syarat nya kat sini


Doa Buat Sahabat-Sahabat Blogger

Views























AMIN

Sumber : Tagged

Monday 9 January 2012

Akhirnya...Adik Ku Kini Bergelar Inspektor Polis

Views


7/1/2012 - Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan Siri 1/2011...tarikh ini merupakan tarikh yg bersejarah buat adik sy & family kerana pd tarikh ini adik sy telah menamatkan latihannya...

Bila di imbas kembali pelbagai dugaan telah melanda di awal kemasukannya ke Pulapol pd bulan Mac 2011...mungkin ada yg masih ingat tentang wabak Adenovirus yg menyerang kem Pulapol & telah meragut nyawa 3 orang pelatih...Adik sy juga adalah salah seorang daripada pelatih yg di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur selama 5 hari akibat jangkitan wabak tersebut...apabila keluarga mendapat tahu hal tersebut memang x senang duduk di buatnya...tapi syukur alhamdulillah dia kuat semangat untuk melawan sakit tersebut & akhirnya sembuh semula...

Kini saat yg telah di nantikan telah kunjung tiba...harapan & impiannya telah tercapai untuk bergelar Inspektor polis...tamatnya latihan ini bukan bermakna satu pengakhiran tetapi satu permulaan episod baru yg penuh dengan pancaroba...moga adik sy tabah dalam menempuh kehidupan dunia barunya nanti...









Tahniah Puan!!!


p/s : kesian...gelap betul muka adik...asyik berkawad je...xpe la kan biar gelap muka asalkan masa depan mu makin cerah :)

Thursday 5 January 2012

Blogger Lyssa Faizureen Mengatasi Blogger Hanis Zalikha !!!

Views


Ehh ehh  apa yg Lyssa Faizureen atasi Hanis Zalikha tu ek ??? korang perasan tak ???
Haaa tgk kat bawah ni....


Lyssa Faizureen




Hanis Zalikha




Nampak tak ??? followers Lyssa dah mengatasi followers Hanis la wehh...huhuhu ramai betul pengikut kedua-dua blogger ni kan...

Sy nak share la top 10 blogger sekarang ni...di catat pada pukul 2.37pm 5 Januari 2012.

1.Lyssa Faizureen - 40537 followers
2.Hanis Zalikha - 34715 followers
3.Fatin Liyana - 34624 followers
4.Maria Elena - 26495 followers
5.Zackzukhairi - 24693 followers
6.Cik Epal - 24177 followers
7.Irine Nadia Marcelo - 22213 followers
8.Jejariruncing - 22209 followers
9.Ben Ashaari - 21694 followers
10.The Other Khairul - 15815 followers

Tahniah!!! Sy doakan moga semua blogger akan terus maju jaya.
^-^Happy Blogging^-^


p/s : klu ada yg salah @ tertinggal tu tolong bagitau kat komen ye :)

Wednesday 4 January 2012

Pernah Buat Dosa ??? Segeralah bertaubat !!!

Views



Setiap daripada kita yg hidup di muka bumi ini tidak dapat lari dari melakukan kesilapan kerana kita tidak sempurna...kita bukanlah malaikat yg mempunyai keistimewaannya yg tersendiri...andai terasa diri telah melakukan kesilapan tidak kira kecil atau besar segeralah bertaubat kepada Allah...

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Tapi persoalannya sekarang ini...kita kadangkala insaf sekejap je...betul tak ??? pernah x kita fikir sebab apa ??? 
Di sini sy ingin kongsikan tips untuk mendapat kekuatan meninggalkan segala larangan atau pun maksiat...tips ini sy dapat semasa menonton rancangan Al-Kuliyah


Kita mesti ada 5H :-


HATI mesti kuat untuk melawan nafsu dari melakukan larangan Allah..bagilah ubat pada hati kita ni...

HAMPIRI orang2 yg positif seperti orang2 surau@masjid...bercampurlah dengan mereka kerana ada pepatah mengatakan "seandainya kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya walaupun kamu tidak mampu untuk membelinya, setidak-tidaknya kamu dapat merasai haruman bauan dari penjual minyak wangi itu".

HINDARI dari kawan2 yg negatif...elakkan lah bergaul dengan mereka kerana syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan kita.

HAJAT untuk mencapai sesuatu matlamat...tekadkan dalam diri kita untuk menjadi seorang yg lebih baik.

HIJRAH untuk meninggalkan larangan & melakukan suruhanNya...tunaikan solat 5 waktu kerana solat merupakan senjata yg mengekang kita dari melakukan dosa.

Moga kita sama2 dapat manfaat dari perkongsian ini...kebetulan dah masuk tahun baru ni kan...berubah lah untuk kebaikan diri sendiri.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...