Friday 30 March 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Views






Sesungguhnya pengalaman orang bersalin ni lain2...ada yg diberi laluan mudah, tak kurang juga yg diuji dengan kesakitan...yg pasti mereka yg telah bergelar 'Umi', 'Ibu', 'Mama', 'Mak', 'Mek' sudah merasai dan mengalaminya...dan selepas itulah kita akan berfikir begitulah sakitnya saat ibu kita melahirkan kita...oleh itu, berbuat baik lah kepada ibu yg telah bergadai nyawa nak melahirkan kita ke muka bumi ini...Di sini sy kongsikan fakta tentang kelahiran...marilah kita lihat dengan mata hati kita (*_*)



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji.


Ya Allah...lihat la betapa Allah itu maha pengasih & penyayang sifatnya...setelah diberinya kesakitan, dihadiahkan pula dengan pahala...bersyukurlah sekiranya kita bergelar wanita...kerana nikmat itu Allah berikan kepada kita, tidak kepada lelaki...                                       



Kata Hatiku : Moga ibu2 di dunia ini sentiasa di bawah lindunganNya...

Sumber : Facebook

Wednesday 28 March 2012

Wordless Wednesday #11 ~ Mudahnya Nak Berzikir

Views





Kata Hatiku : Subhanallah...apa yg diciptakan oleh Allah semuanya ada fungsi & maksud yg tersirat...

Sumber : Facebook

Tuesday 27 March 2012

"Farah Alias Nak Review Belog Saya"

Views




Sy join segmen ni pulak...kalau bernasib baik terpilih untuk di review boleh juga sy tahu apa kekurangan blog sy ni kan...orang lain je yg leh nilaikan...betol tak??? 
So...ape tunggu lagi meh le join ramai2...klik sini ye...

Selamat Bersegmen 

“ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY”

Views





Tadi join segmen...ni join giveaway plak (*_*)
Sy dah ikut semua syarat2 penyertaan tau tuan blog...
Korang nak tengok apa syarat2nya & kalau berminat nak join klik sini ye...

Good Luck

"Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat"

Views




Akhirnya...sy join segmen ni setelah sekian lama tak menjoinkan diri dalam mana2 segmen...hehee sy dah join korang2 bila lg...
Nak join? meh klik sini...

Selamat Bersegmen ^_^

Monday 26 March 2012

Jangan Bersedih...Inilah Jalan Untuk Bahagia

Views


 

Anda sedang sedih ke??? 
Kalau ye, teruskan membaca sehingga tamat...


1) Sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri anda. Inilah makna sabda Rasulullah : "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2) Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3) Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4) Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5) Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6) Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan dan kesenangan, maka dia harus berzikir kepada Allah.

7) Hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qada' dan qadar.

8) Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9) Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10) Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11) Semua qada' bagi seorang muslim baik adanya.

12) Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukur.

13) Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14) Yakinlah, dari waktu ke wakut selalu saja ada jalan keluar.

15) Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16) Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17) Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan anda kemudahan.

18) Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19) Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya


Dah habis baca ??? Jangan sedih-sedih lagi ye (cakap kat diri sediri juga ni)...perkongsian ilmu dari Facebook...moga ada manfaatnya...


Kata hatiku : Memang ada kalaya mengenang nasib diri & akhirnya gugur air mata...moga diri ini terus tabah dengan segala dugaan yg datang...

Friday 23 March 2012

Tangisan Dan Airmata Yang Menyelamatkan Kita

Views


Menangislah kerana anda pernah melakukan suatu kesilapan dalam hidup. 

Menangislah bahawa anda sudah menghabiskan usia muda dengan melupakan perintah-perintah Allah SWT.

Menangislah bahawa sampai usia setua ini, anda masih belum merasakan nikmatnya solat, membaca al-Quran dan berdoa.

Menangislah bahawa selama ini anda telah salah mendidik anak dan isteri.

Menangislah bahawa selama ini anda menyara keluarga dengan cara-cara yang jauh dari tuntutan agama.

Menangislah bahawa selama ini anda tidak bangga menjadi seorang Muslim.

Menangislah kerana selama ini anda tidak takut dengan balasan Allah terhadap perbuatan-perbuatan buruk yang anda lakukan secara sembunyi, lebih-lebih lg yang secara terang-terangan. 

Merintihlah di hadapan Allah kerana anda sering melanggar larangan-Nya

 

Namun, jangan pernah berputus asa jika anda berbuat dosa. Contohilah Adam Alayhissalam, makhluk yang Allah SWT ciptakan dengan dua tangan-Nya sendiri, yang Allah tiupkan roh-Nya ke dalam dirinya, yang malaikat bersujud kepadanya, yang Allah SWT berikan kenikmatan syurga dan isteri yang cantik. Ia melakukan kesalahan, kemudian bertaubat. Allah pun menerima taubatnya, bahkan Allah akan mengembalikannya ke syurga.

Ketika anda melakukan dosa kerana kekhilafan, maka sembunyikanlah aib itu dan jangan ceritakan kepada orang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita untuk tidak menceritakan aib kita sendiri kepada orang lain, dengan sabdanya,

'Seluruh umatku pasti di maafkan kesalahanya, kecuali orang yang menceritakan (kesalahannya kepada umum). Mereka adalah orang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian memasuki pagi hari dan Allah telah menutupi kesalahannya itu, namun dia bercerita kepada orang lain, 'Wahai Fulan, semalam saya sudah melakukan ini itu'. Padahal, Allah sudah menutupi aibnya itu, tapi ia malah membuka tutupan itu pagi harinya'. (Hadits, riwayat Bukhari dan Muslim).

Menceritakan maksiat yang anda lakukan kepada orang lain termasuk perbuatan dosa, apa lagi jika dengan cerita itu masyarakat tahu bahawa anda adalah kotor. Selain itu, menceritakan maksiat yang pernah anda lakukan juga akan mendorong orang lain mengikut jejak anda. Dengan begitu, dosa yang anda pikul menjadi berlipat ganda.

Maka, sekarang menangislah. Cucurkan airmata penyesalan. Tangisan anda yang disertai dengan penyesalan, kini punya nilai berharga di mata Allah. Betapa ramai hamba Allah yang menjadi wali-Nya lantaran banyak menangis kerana takut kepada Allah. Betapa ramai hamba Allah yang diselamatkan dari jilatan api neraka lantaran setitis air mata penyesalan itu.

Dengarlah, bisikan Rasulullah SAW di telinga kita,

'Api neraka tidak mungkin menjilat seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah, seperti tidak mungkinnya air susu yang sudah keluar kembali lagi ke puting payudara'. (Hadits, riwayat at-Tirmidzi)

Engkau benar duhai Rasulullah dan betapa sejuknya bisikanmu itu...



Kata Hatiku : Subhanallah, Allah itu Maha Penyayang sifatnya...

Thursday 22 March 2012

Kes Penculikan Dah Berleluasa Semula Ke ???

Views



Sejak kebelakangan ni lepas satu2 kes culik terjadi kan...sebelum ni dah senyap sekejap...tiba2 gempar dengan kes adik Nur Nadhirah Abdullah @ Dirang, 5 tahun, diculik & akhirnya mangsa ditemui mati rentung angkara dendam penjenayah terhadap neneknya...ni la dianya ibarat kata pepatah "marahkan nyamuk kelambu dibakar"...sedih rasanya bila yang tak bersalah menjadi mangsa...

Nurul Nadhirah Abdullah @ Dirang

Selepas itu terpapar pula cerita kes culik adik Nazatul Fadiana Muhd Izwan, 14 tahun...
Alhamdulillah mangsa selamat ditemui di Bangkok...Sekarang ni yg terbaru kes culik adik Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun...mangsa dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan...

Nazatul Fadiana Muhd Izwan

Siti Nur Fatihah Mahadi

Sy pasti sekarang ni ramai ibu bapa yg tak senang duduk bila mendengar kes2 sebegini...siapa yg tak sedih bila ada ahli keluarga yg hilang diculik...kalau dijumpai selamat alhamdulillah tapi yg ditakutkan jika berlaku sebaliknya...ya Allah mohon dijauhkan la...

Tambahan pula sekarang heboh misteri 'van putih' muncul kembali...sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan penculikan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pada Ogos 2007...kes ni berakhir apabila mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya...korang2 pun sedia maklum kan tragedi yg menimpa mangsa...masa tu memang menangis baca kisah mangsa...

Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak2 perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun, turut dilaporkan hilang awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras...Apa yg menyedihkan mangsa masih gagal ditemui sehingga kini...

Sy harap kepada ibu bapa awasi la anak2...kepada korang2 juga berhati2 la ye...sekarang ni di mana2 pun dah tak selamat...kalau dulu2 manusia takut dengan makhluk yg tak nampak...tapi sekarang ni manusia takut dengan manusia pula...mana tak nya mereka lagi kejam & tak berperikemanusiaan...

Marilah kita doakan semoga mangsa2 yg telah pergi meninggalkan kita berada aman di sana...kepada yg masih hilang didoakan selamat kembali ke pangkuan keluarga...

Al-Fatihah

Update : "Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar ahad lepas. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami".-SinarHarian


Ya Allah kenapa la buat keluarga susah hati...tak fikir ke perasaan orang tua bila disangka anak diculik...


Update : "Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut. 
"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini , malam Rabu." - Mstar


Ni harap2 bukan kes lari ikut teman lelaki la hendaknya ye...


Kata Hatiku : Mohon dijauhkan dari malapetaka yg tak diingini berlaku kepada insan2 yg tersayang...

Sumber Gambar : Google

Wednesday 21 March 2012

Jawapannya ialah...... (*_*)

Views

Hehee post ni adalah untuk menjawab persolaan dari entri ni...saje je nak suruh korang main teka2...padahal tengok je pun dah leh agak ape dia nya kan ^_^

Sebenarnya bukan sy yg masak pun...adik sy yg masak...masakan orang bujang namanya...masa tu dia kena tinggal sorang2 sebab kakak2nya balik kampung...dia pulak tak dapat nak balik sebab penat bertugas...adat le kan dah keje pun polis...sedia berkhidmat bila2 masa je la kan...hehee...

Kalau dia masak, memang segala benda dia nak campak dalam masakan tu...Ni la dia bahan2 yg di perlukan...

Telur
Bawang Merah
Lada Benggala
Tomato
Cili Padi
Planta
Garam


Dan hasilnya jadilah seperti di bawah ini (*_*)
-
-
-
-
 

Yeay betul TELUR DADAR !

Hehee kepada yg sudi meneka sy ucapkan terima kasih...ade yg kata pizza, telur dada (hahaha ni kes huruf R tetiba hilang kat keyboard ekkk) & yg paling terkejut telur dadah (ayoyooo takut nak makan dengar nama gitu)... 

Sebagai tanda penghargaan sy promote link yg menjawab tak kira la betul ke tak (banyak yg betul pun) hehehe...korang2 jenguk la ye blog mereka ^_^



TERIMA KASIH YE 


Kata Hatiku: Bila perut tengah lapar...tengok makanan ape pun sedap je kan :)

Wordless Wednesday #10 ~ Cer Teka...Apakah Ini ???

Views






Kata Hatiku : Jawapan akan diberikan di entri seterusnya ye :)

Tuesday 20 March 2012

Beringat Sebelum Kena !!!

Views

Salam sumer...
Mari kita lihat salah satu strategi perompak di zaman canggih ni...Ni la dia orang yg bijak pandai tapi menyusahkan orang...tak kena kat dia takpe la...Allah tu maha mengetahui cuma cepat dan lambat je balasannya...




Dah tengok kan camne...so lepas ni kalau rasa nak keluarkan duit berkepuk2 tu elok la ada yg temankan...jangan pergi sorang2 je...tapi tu la kan dalam kita beringat pun kalau dah takdir Allah nak kena, kena juga kan...
Jikalau Allah kata "KUN FAYAKUN". Jadilah ! maka jadilah ia !
Apa yg boleh kita lakukan hanyalah berdoa moga kita sentiasa di bawah lindunganNya...


Kata Hatiku : Berdoa moga tiada bencana yg tak diingini berlaku pada diri sendiri & juga insan2 yg tersayang.

Sumber : Facebook

Monday 19 March 2012

Pengalaman Yang Memalukan

Views


Salam sumer...
Sy pasti korang2 sumer pun mesti ada pengalaman yg memalukan...betoi tak ??? sy nak kongsikan pengalaman sy kat dalam blog ni...bukan nak mengaibkan diri sendiri tetapi untuk mengingatkan bahawa segala perkara yg kita lakukan mesti lah dengan berhati-hati atau dengan kata lainnya beringat-ingat...meh tengok satu persatu pengalaman yg telah memalukan sy...hehee

Situasi 1
Kejadian ni berlaku pada tahun 1999...masa tu sy form 6 & dapat panggilan ujian kecergasan untuk Diploma Sains Sukan UiTM Shah Alam...dalam ujian tu sy kena lari sejauh 2.4 km...tak usah nak kata le mengahnya...rasanya kalau kaki ni pakai skru dah nak tercabut kot...walaupun masa tu badan kena tiup angin pun leh melayang ^_^ 

Dah sudah tu berjalan le nak gi toilet nak mandi sebab ada sesi interview pulak...tengah jalan-jalan tu entah macam mana ada longkang yang tak ditutup dengan besi penghadang...ada space pulak antara penghadang tu...sy yang tengah keletihan ni mana le nak perasan...tau2 je kaki sebelah dah termasuk dalam longkang, sebelah lagi sangkut kat atas besi penghadang tu....korang leh bayangkan tak??? sakitnya tuhan je yg tau...

Huhuu yang malu tu tengah2 alam sy jatuh...budak2 lain ramai tengok sebab diorang tengah tunggu giliran nak interview...sy bangun tak pandang kiri kanan jalan tunduk je...dalam hati macam2 perasaan ade...sampai je toilet tengok siku berdarah kaki pulak kulit mengelupas...huhuhu nak nangis je rasa masa mandi pedih ya amat luka tu...langsung tak bersemangat nak interview...penyudahnya memang tak dapat pun masuk UiTM teruskan je tingkatan 6...rupanya ada hikmah juga x dapat masuk UiTM tapi dapat masuk UUM lepas habis form 6...

Situasi 2
Ni pulak berlaku tahun lepas...balik keja cam biasa naik kaki...hehe tau kan naik kaki camne...masa nak naik jejantas bertembung la dengan 2 orang makcik ni yg tengah borak2 sambil naik tangga jejantas...sy lalu tepi diorang terdengar la makcik tu sembang "jem giler petang ni"...sy yg dengar tersenyum terus kata dalam hati amboi makcik ni ingatkan budak2 muda je guna ayat gitu...terus je jalan & ada satu lagi tangga atas jejantas...tengah naik tangga tu tiba2 angin kuat...apa lagi tersingkap le kain baju kurung sy ke atas...haaa kelam kabut sy tunduk pegang2 kain jangan bagi kain terbang lagi...huhu dalam hati kata tu le tadi kutuk makcik tu lg...kan tuhan bayar cash jap2 tu juga...sy tak pandang belakang dah tak tau le sape yg dapat tengok wayang free td...sy terus je jalan dengan perasaan malu ya amat...huhuhu


Situasi 3
Ni pun berlaku tahun lepas jugak...sy gi keje cam biasa singgah beli sarapan pastu tunggu lift nak naik opis...dah masuk opis buat keje cam biasa sampai la tengahari nak gi turun surau...masuk lift xde org..lift pulak becermin apa lagi perempuan kan pantang nampak cermin...dok mengiring la tengok cermin terus terkejut...nak tahu apa kes....sy terlupa zip baju kat tepi...yg perempuan mesti tau kan zip tu...baju kurung moden ada yg zip belakang ada yg kat tepi...lepas dah perasan zip terbuka terus perjalanan yg dari pagi tadi tergambar kat skrin otak ni....patut le ade yg pandang2 masa nak naik lift masuk opis pagi tu...malunya weh...tapi yg paling bernasib baiknya dari pagi sampai tengahari tak masuk bilik bos langsung...kalau tak, malunya le hari2 nak mengadap muka bos...org lain tu tak kisah sangat le sebab tak kenal...hehehe sampai sekarang kalau pakai baju tu mesti teringat & terus zip lepas pakai...tak mo la pisang berbuah 2 kali ^_^



Sebenarnya banyak lagi pengalaman yg memalukan sy...cuma yg di atas ni la antara pengalaman yg terlampau...heheh...korang jangan gelak...haaa nanti tuhan balas tau (*_*)



Kata Hatiku : Pengalaman dapat mengajar kita lebih berhati2 dalam segala hal.

Thursday 15 March 2012

Suka Melewat-Lewatkan Solat ???

Views

Baca kalau nak insaf !!!

 

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita menyembahnya.

 

Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda: "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibni Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas : "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) - Sumber

Seksaan Bagi Orang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat :

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah : 

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata : "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh".

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikian berterusan seksaa oleh Sajaul Aqra hinggalah kiamat.

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :

  • Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
  • Set jam waktu solat kat alarm clock pada handphone anda.
  • Tampalkan poster-poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
  • Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter dan chating dan terus tunaikan solat.

 

Ingatlah bahawa syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti. Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak diramal. Kalau tak 
sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI !!!


Artikel ni saya share dari facebook...memang tak dinafikan ada di antara kita yg melewat-lewatkan solat...jujur sy sendiri pun adakalanya begitu...huhuhu terasa takut semasa baca & taip artikel ni...mungkin ada yg sudah tahu berkenaan dengan hal ini...sy masukkan ke dalam blog untuk peringatan kepada diri sy sendiri juga...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Masih banyak kelemahan diri ini yg perlu diperbaiki

Sumber Gambar : Google

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday #9 ~ Agak-Agak Berapa Tahun Tak Basuh Ni ???

Views







Kata Hatiku : Eeiiiii memang pengotor ya amat !!!


Sumber : Facebook

Tuesday 13 March 2012

Kita Lupa Kerana Terbiasa

Views



Salam sumer...
Apa pulak yang kita lupa kerana terbiasa tu ek...selalunya orang kata kita lupa kerana banyak makan semut...hehe betul ke??? yg tu orang yg kata...tp sy kata semut yang suka datang kat sy sebab manis macam gula...hihihi pasan la ko tuan blog ^_^
Meh kita tengok apa kesnya ni....

Mungkin kerana kita leka...sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH.

Bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH.

Bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANNALLAH ditutup oleh 'cantiknya'.

Bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHI WAINNAILAIHIROJIUN.

Kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...tapi ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...


           


B  ---> Bismillahirrahmanirrahim
I   ---> InsyaAllah
S  ---> Subhanallah
M ---> MasyaAllah
I   ---> Innalillahi wainnalillahirojiun
L ---> Lahawlawallaku wataillah billah
L ---> Lailahaillallah
A ---> Alhamdulillah
H ---> Hari-hari amalkan



Kata  Hatiku : Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan...tidak ada di antara kita yang sempurna...Hiduplah dengan Kasih Sayang...

Monday 12 March 2012

Bacalah Al Quran Wahai Sahabat

Views




Analogi Cerita Yang Membuka MINDA...

Seorang lelaki tua tinggal di sebuah ladang bersama cucu lelakinya. Setiap pagi si datuk akan bangun awal dan duduk di anjung rumah sambil membaca al-Quran.

Si cucu pula sangat mengkagumi datuknya. Dia ingin menjadi seperti datuknya lantas mengikut dan meniru apa saja yang dilakukan oleh lelaki tua itu.

"Tok, saya cuba membaca Quran seperti yang tok lakukan setiap pagi tetapi saya tidak faham. Saya akan lupa apa yang saya baca sebaik saja saya menutupnya. Apakah kebaikannya membaca Quran padahal saya tidak memahaminya?" kata si cucu pada suatu pagi.

"Ambil bakul ini dan bawa ia ke sungai. Cedok air sungai dan bawakan air itu kepada datuk" pinta si datuk.

Si cucu melakukan apa yang di suruh oleh datuknya tanpa banyak soal. Namun setiap kali dia mencedok air menggunakan  bakul itu, air tersebut akan kering sebelum dia sempat sampai di rumah.

"Cucu mesti berlari dengan lebih cepat supaya air yang di dalam bakul itu tidak sempat kering" kata si datuk sambil tersenyum.

Si cucu pun berlari sambil membawa sebakul air dengan harapan ia akan sempat sampai di rumah sebelum air yang di dalam bakul itu kering. Malangnya, selaju mana pun dia berlari, air di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di rumah. Si cucu kepenatan lalu menemui si datuk untuk memberitahu bahawa betapa mustahilnya untuk membawa pulang air di dalam bakul.

"Kenapa kita tidak gunakan saja timba untuk mengangkut air?" tanya si cucu kepada datuknya.

"Yang datuk inginkan ialah sebakul air bukan setimba air. Kamu tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh" kata si datuk.

"Saya akan tunjukkan kepada tok bahawa sia-sia saja mengangkut air menggunakan bakul" kata si cucu lagi.

Sekali lagi, si cucu mencedok air dengan menggunakan bakul dan berlari sekuat hatinya menuju ke rumah namun air yang di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di sana. Perbuatan ini diperhatikan oleh si datuk.

"Tok dah lihat sekarang kan? Mustahil untuk mengankut air menggunakan bakul. Ia adalah perbuatan yang sia-sia" kata si cucu.

"Jadi cucu ingat ia adalah perbuatan yang sia-sia? Cuba cucu lihat keadaan bakul itu" kata si datuk.

Si cucu melihat dan membelek bakul tersebut. Pertama kali dia perasan yag keadaan bakul itu berbeza sekarang. Bakul itu kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya, luar dan dalam.

"Cu, begitu juga yang terjadi apabila kita membaca Quran. Mungkin cucu tidak memahami dan tidak mengingati semua isi kandungan Quran tersebut tetapi cucu akan berubah menjadi bersih, luar dan dalam. Begitulah caranya Allah memelihara kita di di dunia ini" kata si datuk.

MORAL OF THE STORY : BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI NESCAYA HATI ANDA AKAN BERSIH DAN SUCI JUGA MEMPEROLEHI KETENANGAN HATI...


Kata Hatiku : Cucilah hati dengan ayat-ayat al-Quran bukan guna yang ini.


Sumber : Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...