Wahai wanita...wanita yang berada di seluruh dunia...tak kira bangsa...umur atau rupa...oh asalkan kau wanita....ehhh ternyanyi la pulak...hehee adakah anda wanita??? Jom kita tengok di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini...
Jawapannya seperti berikut :-
Kesalahan PERTAMA
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja
Kesalahan KEDUA
Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek
Kesalahan KETIGA
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya
Kesalahan KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'
Kesalahan KELIMA
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
Kesalahan KEENAM
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya
Kesalahan KETUJUH
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung
Kesalahan KELAPAN
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya
"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan Janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur : 31)
Kesalahan KESEMBILAN
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245).
Kesalahan KESEPULUH
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki sama ada menyanyi ataupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT: "Janganglah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan kita masih seolah-olah meraguinya?
~Renung-renungkan~
Kata Hatiku: Sekarang ni wanita terlalu mengikut fesyen bertudung yg kadangkala nampak pelik di pandangan mata...
Gambar : Google