Thursday, 15 March 2012

Suka Melewat-Lewatkan Solat ???

Views

Baca kalau nak insaf !!!

 

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita menyembahnya.

 

Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda: "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibni Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas : "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) - Sumber

Seksaan Bagi Orang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat :

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah : 

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata : "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh".

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikian berterusan seksaa oleh Sajaul Aqra hinggalah kiamat.

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :

  • Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
  • Set jam waktu solat kat alarm clock pada handphone anda.
  • Tampalkan poster-poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
  • Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter dan chating dan terus tunaikan solat.

 

Ingatlah bahawa syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti. Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak diramal. Kalau tak 
sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI !!!


Artikel ni saya share dari facebook...memang tak dinafikan ada di antara kita yg melewat-lewatkan solat...jujur sy sendiri pun adakalanya begitu...huhuhu terasa takut semasa baca & taip artikel ni...mungkin ada yg sudah tahu berkenaan dengan hal ini...sy masukkan ke dalam blog untuk peringatan kepada diri sy sendiri juga...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Masih banyak kelemahan diri ini yg perlu diperbaiki

Sumber Gambar : Google

52 comments:

  1. takutnye dengan seksaan Allah, kadang2 linda pon tak terlepas daripada lewatkan semayang..memang kne disiplinkan diri lagi..thankz for sharing..:)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing kawan ^^
    sesungguhnya sy tlh mngambil iktibar :)

    ReplyDelete
  3. kadang2 saye pon salu lewat2kan solat..ermm..pasni kene berubah, byk sungguh kekurangan pd diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. salam.. nak share blh tak? :)

    ReplyDelete
  5. haish..diri ni salu sgt luper...kdg2 bile dah blogging, selalu lewat2kan solat:(

    ReplyDelete
  6. kita kdng2 ada time terlalai...huhu... :(
    thanks info..sedar ckit bg dr blog ni

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana mengingatkan :)

    ReplyDelete
  8. cuba nak menjadi sebaik2 mahkluknye...so kena sentiasa beringat...amin

    ReplyDelete
  9. SEMOGA KITA TERLINDUNG DARIPADANYA

    ReplyDelete
  10. pernah baca tntang ni..stiap kli trlewat solat msti takut..huhu

    ReplyDelete
  11. artikel yg bagus. thanks for the sharing :)

    ReplyDelete
  12. alamak ai..aku ni selalu terlalai. thanks mengingatkan

    ReplyDelete
  13. tanx ingat kan :')
    alhamdulillah , skarang cepat skit solat . hee .

    ReplyDelete
  14. peringatan untuk semua umat Islam

    ReplyDelete
  15. Panggilan Allah lebih utama daripada perkakra yg lain2...

    Jemput singgah ke blog Koding...

    ReplyDelete
  16. insyaallah ,, bersamalah kita mengamalkanye yer ... aminn

    ReplyDelete
  17. sama lah sy tp sebab nya saya kerja dan rehat tak menentu so selalunya lambatkan zohor dan awalkan asar

    ReplyDelete
    Replies
    1. situasi sama yg dihadapi oleh org2 yg bkerja...

      Delete
  18. Comel Shin Chan pakai baju Melayu ...siap kelip2 lagi...
    Thank sfor info!

    ReplyDelete
  19. Kata Hatiku : Masih banyak kelemahan diri ini yg perlu diperbaiki

    ReplyDelete
  20. ehh ehh mcm pernah tgk je ayt tu tp di mana ye :)

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. same2...peringatan untuk diri akak sendiri juga tu...

      Delete
  22. takotnya ..tu kalau lewat...klu x solat langsung ?

    ReplyDelete
  23. sama2lah kita berubah solat pada waktunya

    ReplyDelete
  24. sharing is caring , best2 entri kat sini ..

    ReplyDelete
  25. peringatan untuk kita sume. cubalah untuk solat di awal waktu sebab mana tau nanti tak sempat solat,nyawa dah kena cabut kan.subhanallah

    ReplyDelete
  26. huhuu takutnya...sama2 lah ambil iktibar dr artikel ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...