SUBHANALLAH...mari lah kita sama-sama lihat betapa hebatnya kuasa selawat ini...
1) Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim).
2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahu pun di akhirat.
11) Amalkan selwat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghidarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawatsebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitunganya, insyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilagkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
Syukur alhamdulillah...sy memang cari artikel berkaitan dengan keajaiban selawat ni...masa tu dengar slot Semanis Suria di Suria.fm yang dikendalikan oleh Dato' Ustazah Siti Nurbahyah...Banyak ilmu yang boleh kita dapat dari cerita-cerita yang disampaikan dalam slot ini...sy kongsikan di sini untuk panduan kita bersama...
Kata Hatiku : Nak seribu daya...tak nak seribu dalih...yg pasti segala perbuatan yg ikhlas pasti akan dibalas...
jom selawat byk2 ari jumaat ni:)
ReplyDeleteBanyakkan selawat , Sesungguhnya Rasulullah menyayangi umat yg memujinya =D
ReplyDeletebanyakkn selawat..alhamdulilah..thanks 4 sharing info
ReplyDeleteterima ksih atas perkongsian.. :)
ReplyDeleteinfo yang baik elok disebarkan...thankzzzz...
ReplyDeletesubhanallah :)semoga saye dpt jadikan amalan seharian..
ReplyDeleteBanyaknya kebaikan selawat. Melakukannya pun tidak susah. So, sama2 kita amalkan ye! :)
ReplyDeleteInsyaallah.
Ya Allah :)
ReplyDeletesejuk hati saya bila bacanya :)
selamat beramal ye sahabat2
ReplyDeletealhamdulillah.. thanks for the info.. bolehlah kita amalkan seharian...
ReplyDeleteHello... just visiting you here again... Smile!!!
ReplyDeletebtol tu..
ReplyDeleteselawat ni..mempunyai byk kelebihan...
*bagus sgt entry nie..
mari kita beramal bersama tuk keredhaan kita...suka bc bab2 mcm ni..thx for share :)
ReplyDeletejom berselawat..moga diberkati..;-)
ReplyDeletesalam Jumaat akak.
same2 laa kite perbanyakkan selawat :)
ReplyDeletewahhh ini sangat bermanfaat sekali bagi saya...
ReplyDeletebanyakkan la selawat ye.banyak lagi fadhilat dia.tapi tupon orang malas nak buat.bukan susah pon.hmmm
ReplyDeleteVisiting here again... Nice reading the post... Smile!!!
ReplyDeleteBesarnya keagungan selawat ini..
ReplyDeletethanx for sharing ,
ReplyDeletelepas nie boleh tingkatkn lagi amalan selawat :D
banyakkan Fadhilat Selawat nie...marilah sama2 kita amalkan k...moga perkongsian ini mendapat RAHMAT dariNYA...
ReplyDeleteAna pun serba kekurangan....
Perkongsian yang baik....
Moga Allah aje membalas jasa baik tuan punya blog...
Wassalam....