Thursday, 22 March 2012

Kes Penculikan Dah Berleluasa Semula Ke ???

Views



Sejak kebelakangan ni lepas satu2 kes culik terjadi kan...sebelum ni dah senyap sekejap...tiba2 gempar dengan kes adik Nur Nadhirah Abdullah @ Dirang, 5 tahun, diculik & akhirnya mangsa ditemui mati rentung angkara dendam penjenayah terhadap neneknya...ni la dianya ibarat kata pepatah "marahkan nyamuk kelambu dibakar"...sedih rasanya bila yang tak bersalah menjadi mangsa...

Nurul Nadhirah Abdullah @ Dirang

Selepas itu terpapar pula cerita kes culik adik Nazatul Fadiana Muhd Izwan, 14 tahun...
Alhamdulillah mangsa selamat ditemui di Bangkok...Sekarang ni yg terbaru kes culik adik Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun...mangsa dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan...

Nazatul Fadiana Muhd Izwan

Siti Nur Fatihah Mahadi

Sy pasti sekarang ni ramai ibu bapa yg tak senang duduk bila mendengar kes2 sebegini...siapa yg tak sedih bila ada ahli keluarga yg hilang diculik...kalau dijumpai selamat alhamdulillah tapi yg ditakutkan jika berlaku sebaliknya...ya Allah mohon dijauhkan la...

Tambahan pula sekarang heboh misteri 'van putih' muncul kembali...sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan penculikan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pada Ogos 2007...kes ni berakhir apabila mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya...korang2 pun sedia maklum kan tragedi yg menimpa mangsa...masa tu memang menangis baca kisah mangsa...

Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak2 perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun, turut dilaporkan hilang awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras...Apa yg menyedihkan mangsa masih gagal ditemui sehingga kini...

Sy harap kepada ibu bapa awasi la anak2...kepada korang2 juga berhati2 la ye...sekarang ni di mana2 pun dah tak selamat...kalau dulu2 manusia takut dengan makhluk yg tak nampak...tapi sekarang ni manusia takut dengan manusia pula...mana tak nya mereka lagi kejam & tak berperikemanusiaan...

Marilah kita doakan semoga mangsa2 yg telah pergi meninggalkan kita berada aman di sana...kepada yg masih hilang didoakan selamat kembali ke pangkuan keluarga...

Al-Fatihah

Update : "Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar ahad lepas. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami".-SinarHarian


Ya Allah kenapa la buat keluarga susah hati...tak fikir ke perasaan orang tua bila disangka anak diculik...


Update : "Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut. 
"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini , malam Rabu." - Mstar


Ni harap2 bukan kes lari ikut teman lelaki la hendaknya ye...


Kata Hatiku : Mohon dijauhkan dari malapetaka yg tak diingini berlaku kepada insan2 yg tersayang...

Sumber Gambar : Google

18 comments:

  1. Alfatihah. sedihnya. Dunia kita dah penghujung zaman. macam2 berlaku. Ya Allah. Risau betul lah. majoriti yg kene tuh org islam + melayu lak tuh

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah..tp zaman sekarang dah tak selamat..kecil besar pun kena jga...

    ReplyDelete
  3. 2 le takut degar kes culik nie muncul balik..huhu
    rase x aman idup skrg nie..huhu...
    manusia nie mmg kejam..

    ReplyDelete
  4. alfatihah..!
    mcm2kan kak..dunia sekarang makin menakutkan..
    mohon kita semua sentiasa di beri pelindungan dari yang ESA.. Amin..!

    ReplyDelete
  5. Salam..nauzubillah..mg kt dijauhkan dr perkara buruk ni...amiiinn..

    sy geram sgt dgn nur fatihah..adoi..

    ReplyDelete
  6. isk makin menjadi2 kes culik ni. hrp jadi iktibar kt sume ibu bapa termasuk diri sdiri~;(

    ReplyDelete
  7. qaseh, masa mula2 lana dpt tahu kisah fatihah tu, yg sbnrnya dia memg nak larikan diri tu..eii, geram juga. Sian mak ayah dia, sampai masuk tv, merayu 1 Malaysia ni spya anaknya dikembalikan.. Alih2,citer sbnrny jauh berbeza kan.

    Tapi, tu bukan persoalan utama. Apa yg menjadi tumpuan, apa yg menyebabkan dia tertekan sgt smpai bertindak begitu. Mungkin ada kisah disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn geram juga lana...mungkin juga ada kisah disedabliknya...tp jgn la smp buat mak ayah sedih cmni...

      Delete
  8. dunia da x selamat.
    manusia makin kejam


    budak tu..ikutkan bf sgt sampai mak bpk di lupakan
    nauzubillah.

    ReplyDelete
  9. takut betul s krg ni kan
    nauzubillah mtk dijauhkan perkara2 gini kt anak2 kita huhuhu

    ReplyDelete
  10. Qaseh, diorg bukan pembunuh keji, they just SOSIOPAT http://lianapm.blogspot.com/2012/03/sosiopat.html

    ReplyDelete
  11. mintak jauh la,,,macam2 dunia sekarang,,kejam

    ReplyDelete
  12. Sekarang anak=anak gadis bahaya keluar sorang2...kena jual kat Thailand...
    Susah betul nak hidup zaman sekarang ni!!

    ReplyDelete
  13. mcm2 hal dunia zaman skrg..

    ReplyDelete
  14. tahu xpe..cian gile kat budak.
    apa nk jd pn xthu skrg nie..
    apa2 pn.iyka da klik semua iklan dlm nie..=)nice entry

    ReplyDelete
  15. yang membunuh 2 mmg bodoh ,yg lari 2 mmg bodo..hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...