Friday, 23 March 2012

Tangisan Dan Airmata Yang Menyelamatkan Kita

Views


Menangislah kerana anda pernah melakukan suatu kesilapan dalam hidup. 

Menangislah bahawa anda sudah menghabiskan usia muda dengan melupakan perintah-perintah Allah SWT.

Menangislah bahawa sampai usia setua ini, anda masih belum merasakan nikmatnya solat, membaca al-Quran dan berdoa.

Menangislah bahawa selama ini anda telah salah mendidik anak dan isteri.

Menangislah bahawa selama ini anda menyara keluarga dengan cara-cara yang jauh dari tuntutan agama.

Menangislah bahawa selama ini anda tidak bangga menjadi seorang Muslim.

Menangislah kerana selama ini anda tidak takut dengan balasan Allah terhadap perbuatan-perbuatan buruk yang anda lakukan secara sembunyi, lebih-lebih lg yang secara terang-terangan. 

Merintihlah di hadapan Allah kerana anda sering melanggar larangan-Nya

 

Namun, jangan pernah berputus asa jika anda berbuat dosa. Contohilah Adam Alayhissalam, makhluk yang Allah SWT ciptakan dengan dua tangan-Nya sendiri, yang Allah tiupkan roh-Nya ke dalam dirinya, yang malaikat bersujud kepadanya, yang Allah SWT berikan kenikmatan syurga dan isteri yang cantik. Ia melakukan kesalahan, kemudian bertaubat. Allah pun menerima taubatnya, bahkan Allah akan mengembalikannya ke syurga.

Ketika anda melakukan dosa kerana kekhilafan, maka sembunyikanlah aib itu dan jangan ceritakan kepada orang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita untuk tidak menceritakan aib kita sendiri kepada orang lain, dengan sabdanya,

'Seluruh umatku pasti di maafkan kesalahanya, kecuali orang yang menceritakan (kesalahannya kepada umum). Mereka adalah orang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian memasuki pagi hari dan Allah telah menutupi kesalahannya itu, namun dia bercerita kepada orang lain, 'Wahai Fulan, semalam saya sudah melakukan ini itu'. Padahal, Allah sudah menutupi aibnya itu, tapi ia malah membuka tutupan itu pagi harinya'. (Hadits, riwayat Bukhari dan Muslim).

Menceritakan maksiat yang anda lakukan kepada orang lain termasuk perbuatan dosa, apa lagi jika dengan cerita itu masyarakat tahu bahawa anda adalah kotor. Selain itu, menceritakan maksiat yang pernah anda lakukan juga akan mendorong orang lain mengikut jejak anda. Dengan begitu, dosa yang anda pikul menjadi berlipat ganda.

Maka, sekarang menangislah. Cucurkan airmata penyesalan. Tangisan anda yang disertai dengan penyesalan, kini punya nilai berharga di mata Allah. Betapa ramai hamba Allah yang menjadi wali-Nya lantaran banyak menangis kerana takut kepada Allah. Betapa ramai hamba Allah yang diselamatkan dari jilatan api neraka lantaran setitis air mata penyesalan itu.

Dengarlah, bisikan Rasulullah SAW di telinga kita,

'Api neraka tidak mungkin menjilat seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah, seperti tidak mungkinnya air susu yang sudah keluar kembali lagi ke puting payudara'. (Hadits, riwayat at-Tirmidzi)

Engkau benar duhai Rasulullah dan betapa sejuknya bisikanmu itu...



Kata Hatiku : Subhanallah, Allah itu Maha Penyayang sifatnya...

18 comments:

  1. sesungguhnya byk dosa saye..moga setiap dosa saye diampunkan..amin..

    ReplyDelete
  2. bile bace entry ni, membuatkan linda berpikir banyak jugak dosa2 linda selama ni..semoga boleh beruabh menjadi lebih baik..:)

    ReplyDelete
  3. Terasa kerdilnya AKU di sisiNYA

    ReplyDelete
  4. sedihlah baca entry ni kak..huhu..moga kita lebih dekat padaNya..

    ReplyDelete
  5. salam;
    Sebenar airmata yang dikeluarkan dari menangis boleh menbunuh bakteria2 di mata dan ianya boleh mengelak mata menjadi cepat rabun sebelum tua.

    ReplyDelete
  6. nice entry.thanks for sharing..terasa banyaknya dosa selama ni..semoga kita semua diberi hidayah dan petunjukNya

    ReplyDelete
  7. moga diampunkan dosa2 kita..amin

    ReplyDelete
  8. semoga kita sama2 diberi kesempatan untuk bertaubat.. amin.. dah follow awak.. =)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah. ampunkan lah dosaku ini. nice entry la.. terima kasih share yer. hehe

    ReplyDelete
  10. tq for sharing...=) muhasabah diri...

    ReplyDelete
  11. menangislah sebelum terlambat....thanks untuk entri ni..sangat bermakna =)

    ReplyDelete
  12. nur sentiasa menagis bila mengenangkan kekhilafan diri..huhuhuh

    terima kaseh mengingatkan nur ye kak.. :)

    ReplyDelete
  13. entri yang baik....semu amanusia melakuukan dosa tapi bila kit anak menyedarinya dan memohon kepadaNya kemaafan

    ReplyDelete
  14. kadang kala dengan tangisan itu membuat kita lebih tenang

    ReplyDelete
  15. Telah byk kesempatan yg DIA bagi pada kita, tapi kenapa kta hanya biarkan ia berlalu....

    ReplyDelete
  16. Moga2 Allah mengampunkan dosa hambamu ini yang banyak lalai dari mengingatiMU....

    Amin....

    ReplyDelete
  17. Salam..menangis dapat menenangkan jiwa :)

    Moga kita sentiasa terpelihara dari segala perbuatan tak baik..amiin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...