Tuesday 17 April 2012

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Views


Wahai wanita...wanita yang berada di seluruh dunia...tak kira bangsa...umur atau rupa...oh asalkan kau wanita....ehhh ternyanyi la pulak...hehee adakah anda wanita??? Jom kita tengok di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini...

Jawapannya seperti berikut :-


Kesalahan PERTAMA
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Kesalahan KEDUA
Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek

Kesalahan KETIGA
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya

Kesalahan KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'

Kesalahan KELIMA
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

Kesalahan KEENAM
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya

Kesalahan KETUJUH
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung

Kesalahan KELAPAN
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya

"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan Janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur : 31)

Kesalahan KESEMBILAN
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan


"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245).

Kesalahan KESEPULUH
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki sama ada menyanyi ataupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT: "Janganglah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan kita masih seolah-olah meraguinya?
~Renung-renungkan~



Kata Hatiku: Sekarang ni wanita terlalu mengikut fesyen bertudung yg kadangkala nampak pelik di pandangan mata...

Gambar : Google 


24 comments:

  1. masih kena diperbaiki ni;-)nice sharing akak;-)

    ReplyDelete
  2. kaki pon aurat :) kena pakai stoking dpn ajnabi :)

    ReplyDelete
  3. tudung Hajaba tak sesuai ngan saya..sbb tak dpt menutup 2 biji gunung ini..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam..ouch,jujurnya, ada sebahagiannya tersentap juga..hehehe. InsyaAllah, lana berusaha baiki apa yang boleh..terima kasih kak berkongsi.. sayang akak! :)

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan bila deqla bertdg nnti deqla akn betul2 bertdg, bkn sekadar fesyen.. insyaAllah.. doakan deqla.. :)

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing.. memang kekdg kita terlepas pandang..

    ReplyDelete
  7. Ada lagi dik bertudung tapi ada bonggol tinggi segaja di buat-buat..blh beli lagi

    Dlm Al Quran kata bonggol unta..
    Sama2 lah kita memperbaiki diri dijauhi dari azab neraka..

    ReplyDelete
  8. naseb x pakai tudung...erk...salah komen...huhuhhhh!!!

    ReplyDelete
  9. ikutkan fesyen sekarang ni, byk yg tak mgikut syarat2 mnutup aurat kan..
    ape2pun, sama kita perbaii diri..
    nur sgt setuju dengan kata hati akak tu.. :)

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang baik ...nice entry..teruskan bagus...
    daie cara nie..moga dapat pahala...insaallah.

    wassalam...

    pls : bagus berpesan2 kepada kebaikan....

    ReplyDelete
  11. jadi pakailah tudung dgn sebaikya...

    ReplyDelete
  12. dan WAJIB bg lelaki/suami menegur jika isteri tak menutup aurat dgn sempurna..

    ReplyDelete
  13. sama2 lah kita memperbaiki diri. :)

    ReplyDelete
  14. Salam kenal.. very informative blog... sharing is caring.. TQVM

    ReplyDelete
  15. kesimpulannya... tutup aurat dengan sebenarnya.. insyaALLAH.. sedang memperbaiki...

    ReplyDelete
  16. sedang berusaha ke arah yg lebih baik sebab saya sebelum ni adalah orang yang freehair, dan sekarang sudah mula bertudung..doakan linda..:)

    ReplyDelete
  17. Sungguh berat aurat wanita tu, sebab itu saya niatkan semua anak2 perempuan saya sekolah aliran agama, biar mereka tahu kewajiban menutup aurat.

    ReplyDelete
  18. itu lah yg berlaku skrg kn. sedih menengoknye.

    ReplyDelete
  19. Betul..setiap aurat wanita adalah nafsu untuk lelaki...

    ReplyDelete
  20. Sy bertudung..ttpi masih berusaha memperbaik jugak..

    ReplyDelete
  21. terima kasih utk peringatan ini...sama sama kita menjaga aurat ini...

    ReplyDelete
  22. nice sharing..tengkiu :)

    ReplyDelete
  23. selalu nampak perempuan bertudung tapi pakai t-shirt lengan pendek. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...