Kata Hatiku : Maaf kawan-kawan...blog ini semakin suram...ape pun terima kasih kepada yang sudi menjenguk walau pun blog tak berupdate...saya rindu kome :)
Wednesday 16 October 2013
Wordless Wednesday #21 ~ Rindu Kome Weh (~_~)
Thursday 23 May 2013
7 KALIMAT PENGHAPUS DOSA
Barang siapa hafal tujuh kalimat ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap ketika hendak memulakan atau melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap ketika selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghafirullah" jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut.
4. Mengucap "InsyaAllah" jika merancangkan sesuatu pada hari ini atau esok hari.
5. Mengucap "Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah" jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai ataupun tak diingini.
6. Mengucap "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'uun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "Laa Ilaaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah" sepanjang siang dan malam, sehingga ianya tidak terpisah daripada lidahnya.
Artikel ni saya share dari Facebook...sy masukkan ke dalam blog untuk peringatan kepada diri sy sendiri juga...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...
Kata Hatiku : Mari kita amalkan...yang untung diri kita juga kan (^_^)
Friday 17 May 2013
Bersyukurlah Dengan Nikmat Kurniaan Dari-Nya
Salam
Sy nak kongsi cerita yg berlaku pagi tadi...Kejadian yg membuatkan sy berfikir tentang nikmat yg Allah berikan kepada kita...
Semasa sy berjalan menuju ke stesen LRT sy lihat seorang lelaki Melayu yg cacat penglihatan menuruni tangga...semakin lama kami semakin hampir kerana sy ingin menaiki tangga tersebut...bila kami hampir bertembung sy tergamam sebab makin sy mengelak, tongkatnya di hayun ke kiri dan ke kanan dan sy hampir-hampir terkena tongkatnya itu...yg paling sy tergamam bila lelaki tersebut hampir-hampir melanggar tiang di laluan pejalan kaki...sy terkaku sekejap sebab tak tau nak tolong macamana...nak tarik tangan dia...dia pulak pakai kemeja lengan pendek...alhamdulillah Allah utuskan hambanya untuk membantu tepat pada masanya...seorang lelaki Cina yg melalui jalan tersebut terus memegang tangan lelaki "celik hati' itu td...sy mendengar lelaki Cina itu mengucapkan good morning dan bertanya dia hendak ke mana...syukur lelaki tadi selamat dari terlanggar tiang...sy pun terus menaiki tangga dan sempat berpaling ke belakang untuk melihat kedua-dua lelaki tersebut...lelaki Cina td memimpin lelaki tersebut tetapi tidak tahulah sampai mana kerana sy fikir dia juga hendak ke tempat kerja yg mungkin berlainan arah...dan sy mula terfikir macamana lah perjalanan lelaki 'celik hati' itu seterusnya nanti...dalam hati sy doakan moga dia selamat sampai ke destinasinya dan untuk lelaki Cina td moga dibalas baik pertolongannya itu...
Sy ambil iktibar dari kejadian ini...kerana sy pasti ada antara kita yg selalu mengeluh kerana di timpa atau di uji dengan pelbagai dugaan...kita kena ingat bahawa ada lg orang lain yg di uji lg dasyat dari kita...contohnya lelaki tadi Allah tarik nikmat untuk melihat sedangkan kita yg celik mata ni kadangkala tak tau nak bersyukur diberi penglihatan yg baik untuk memudahkan kita menjalani kehidupan...satu lg iktibar yg sy dapat ialah pertolongan perlu di berikan kepada sesiapa sahaja yg memerlukan tanpa mengira kaum, warna kulit atau sebagainya...mungkin hari ini hari dia...entah esok lusa kita pula yg di timpa bencana...siapa tahu kan?
Apa pun yg penting kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan kepada kita...kerana dalam sekelip mata Allah boleh tarik semula apa yg telah diberikan kepada kita andai DIA mahu...
Kata Hatiku : Bersyukur dengan apa yg ada...
Tuesday 7 May 2013
Rahsia Awet Muda Ku
Salam
Ini lah rahsianya...hehee awet muda la sangat...sy dah pakai produk Safi Rania Gold ni since 2009 lg sampai la sekarang ni...alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan...mane la rupa awet mudanya tu ek...
Jeng...Jeng...Jeng
Hehee nampak muda ke...
ape?
umur?
sy dah 33 tahun dah...
Perasan je kan tuan belog ni (~_~)
Apa pun bersyukur dengan apa yg ade...semuanya hanya pinjaman sementara dari DIA...
Apa pun bersyukur dengan apa yg ade...semuanya hanya pinjaman sementara dari DIA...
Kata Hatiku : Nak lg nampak muda sentiasa la basahi wajah dengan air wudhuk (*_*)
Wednesday 24 April 2013
Wordless Wednesday #20 ~ Meh Jamu Mata (^_^)
Wednesday 17 April 2013
AWAN MEMBENTUK KALIMAH ALLAH
Salam...
Syukur alhamdulillah perjalanan ke pejabat arini menjadi sesuatu yg sangat indah kerana sy melihat sesuatu yg menakjubkan dengan mata sendiri iaitu awan membentuk kalimah ALLAH....
Memang tabiat sy suka melihat awan ketika berada di dalam kenderaan...Alhamdulillah DIA tunjuk kebesaranNya sekali lagi pada sy arini...sebelum ni masa tahun 2009 malam besday sy dapat lihat awan di bawah bulan penuh yg berseri membentuk kalimah ALLAH dan kemudiannya membentuk kalimah MUHAMMAD...menggigil jugak la masa first time tengok tu...tp sayang bila tangkap gambar x jelas sebab waktu malam...moga ada hikmah di sebalik apa yg DIA tunjukkan pada sy...
Ini lah awan yg sy nampak pagi td...cuma sayangnya gambar tak berapa nak jelas sebab tangkap gambar guna kamera cap handphone...lentokkan kepala ke sebelah kanan untuk melihat kalimah tersebut...
SUBHANALLAH
ALLAHU AKBAR
Kata Hatiku : Syukur dapat menyaksikan kebesaranNya...
Wednesday 27 March 2013
Wordless Wednesday #19 ~ Menu Orang Malas
Friday 22 March 2013
Rindu Ya Amat
Salam
Ya Allah lamanya tuang blog ni tak update kan...huhuuu...bila nak update ni mula la terkial2...nasib baik la ingat lg password nya...heheee...kawan-kawan ingat lg ke pn kat blog sy ni...kalau tak ingat memang padan muka la kat tuan blog kan...sape suh sunyi sepi...sy bukan takmo gi jenguk blog kawan2 tp tu la kadang2 ada hal yg tak dapat nak di elakkan...sejujur2nya memang sy rindu saat sy aktif berbelog dulu...rindu kat korang2 yg memang baik hati tau....
Kata Hatiku : Rinduuuuuuuuuuuuuunyer :)
Wednesday 16 January 2013
Wordless Wednesday #18 ~ Ikan Keli Bakar + Jeruk Maman
Wednesday 2 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)