Monday, 30 January 2012

Hebahan Palsu Kematian - Dah Tak Ada Keje Lain Agaknya!!!

Views

Salam sumer

Harap korang sihat-sihat aje di hari Isnin yg memang hari paling lemau nak gi keje sebab dah bercuti Sabtu & Ahad...ehhh ehhh ada kan yg keje weekend...lagi kesian kan, patutnya kita yg keje 5 hari seminggu ni perlu bersyukur dapat jugak rehat2...tu la tuan blog jangan nak lemau2 lg ekk ^_^

Oppss lari tajuk lak...ok2 sebenarnya sy nak citer pasal hebahan palsu ni...dah jadi macam trend pulak kebelakangan ni...yg paling sadis sekali hebahan tu pulak mengenai kematian...orang yg masih hidup di katakan sudah meninggal dunia...ada ke patut??? ishhh ishhh ishhh...

Dah tak ada keje lain nak buat agaknya...tapiiiii agak2 la hal2 yg melibatkan kematian ni jangan la di buat main2...sebelum ni hebahan palsu mengatakan pelakon Azean Irdawaty sudah meninggal dunia...padahal beliau masih bernafas lg...janganlah di sebabkan beliau sedang sakit, ada pihak sewenang2nya nak kata dia dah meninggal...ajal maut ni bukan untuk orang yg sakit je...yg sihat walafiat pun tiba2 je boleh meninggal dunia...ini semua kuasa tuhan, kita bukan tahu...


Gambar dari myartis

Sekarang yg terbaru hebahan palsu mengenai kematian Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar di London pulak...Beliau ke sana  bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom...Pihak polis telah memaklum kan bahawa beliau berada dalam keadaan baik sahaja di sana...memang takde keje betul orang yg sebarkan khabar angin ni kan??? 


Gambar dari Google

Kepada orang yang tidak bertanggungjawab ni, bawa2 la insaf...Kalau hal tu belum diketahui sahih ke tak jangan lah di war2 kan dengan sewenang2 nya...Jaga lah sikit perasaan pihak2 yg terlibat..

Betol tak kawan-kawan???


p/s : Allah punya kuasa...jangan memandai2 buat citer x betul je.






Friday, 27 January 2012

Tips - Mencari Bahagia Yang Hakiki

Views


Salam sumer

Dah beberapa hari tak update blog...bila cuti lama ni biasa la...semalam masuk opis tapi mood tertinggal lagi kat kampung...huhuu nak blogwalking pun malas semacam je...

Hari ni sy nak share pula tips untuk mencari bahagia yang hakiki...ada ke yg tak suka hidup bahagia??? dah tentu sumer orang nak bahagia kan...tapi dapat ke bahagia yg di cari tu???

Ada sesetengah orang tu hidup di limpahi dengan kemewahan tapi tidak merasai nikmat kebahagiaan...ada juga yang hidup serba kekurangan tetapi hidup mereka dilimpahi dengan kebahagiaan...

Meh sini sape2 yg nak merasa nikmat bahagia yg hakiki ikut la tips2 ni:-

1. Matlamat hidup biar hanya kerana Allah

2. Jauhi dari membuat dosa

3. Melakukan perkara-perkara yg di suruh

4. Meninggalkan segala larangan

5. Keperluan fizikal & jasad di seimbangkan

6. Percaya bahawa segala-galanya telah di tentukan Tuhan

7.Sentiasa bersyukur kepada Allah


InsyaAllah jika kita berusaha untuk ke arah kebaikan Allah akan permudahkan jalannya...


Doa untuk memohon kebahagiaan

73.gif (2934 bytes)
74.gif (1047 bytes)

Ayat 73 dan 74 surah Ali-Imran


 "Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk yang harus diikuti ialah petunjuk Allah, dan janganlah kamu percaya bahwa akan diberikan seseorang seperti apa yang deiberikan kepadamu, dan jangan pula kamu percaya bahwa mereka akan mengalahkan hujahmu di sisi Tuhanmu." Katakanlah: "Sesungguhnya karunia itu di tangan Allah, Allah memberikan karuniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas karunianya lagi maha mengetahui. Allah memberikan rahmatnya iaitu berupa kenabian kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah mempunyai karunia yang besar."




p/s : Walaupun kita hidup susah kita kena redha dan perlu berusaha kerana Allah telah menetapkan rezeki untuk hamba-hambaNya.

Thursday, 19 January 2012

Ben Ashaari Tanya - Kaitan Tanda $$ Dengan Blog

Views


image


Sape tak suka $$ angkat tangan....ada ke yg tak suka ??? Tipu la klu ada yg tak suka kan kan...zaman sekarang ni semuanya pakai $$...nak buang air kecik pun kena bayor !

Hehee sebenarnya entry ni di buat untuk menjawab pertanyaan Bro Ben....dia tanya apa ekk...korang nak tau jenguk kat sini...

Jawapan sy :-

BOLEH MENJANA $$ MELALUI BLOG

Dah alang2 kita berbelog ni apa salahnya mencuba kan...rezeki tuhan nak beri kita bukan tahu...yang pentingnya kita ikhlas BERUSAHA disusuli dengan DOA & bersulamkan TAWAKAL...betoi tak???


Tapi yg pentingnya dengan berblog ni kita boleh berkongsi ilmu...mana yg baik kita ikuti...yg tak elok tu jangan pandang langsung la ye :)


duit+terbang


Kalau $$ lain dah terbang, kita ada $$ sampingan yg kita perolehi dari blog kan...INSYAALLAH


p/s : masuk masjid je yg tak kena bayor...tapiiiiiiiiiii ade je yg ngelat kan kan :)


Kecantikan Lelaki

Views


Salam sumer

Senyum sikit baru nampak manis...dalam masa yg sama korang dah bersedekah kat saya tau..hehee ^_^

Kali ni sy nak share citer pasal kecantikan LELAKI @ KAUM ADAM...ingat orang lelaki tak leh guna istilah cantik ke...boleh je tau...korang tau tak kecantikan lelaki tu letak kat mananya??? apa tak tau??? 

Ermmm jom kita lihat ekk...kecantikan seorang lelaki bukan terletak pada rupa fizikal tetapi pada murni rohaninya...






Lelaki yg cantik adalah :-

1. Lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2. Lelaki yg sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yg memberi madu, setelah menerima racun

4. Lelaki yg tenang & lapang dada

5. Lelaki yg baik sangka

6. Lelaki yg tak pernah putus asa

7. Lelaki yg tidak pernah meminta sebaliknya menyenangkan

8. Lelaki yg tidak melukakan, tetapi menggembirakan


Wahai kaum2 adam sekalian...adakah anda mempunyai ciri2 kat atas ni ??? ermmm harap2 ada la ye ^_^


p/s : nak cari lelaki yg tak merokok punya la payah...huhuu

Wednesday, 18 January 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...