Salam...
Kali ini sy nak share dari FB sahabat cara ubati anak nakal & malas...sebagai orang tua, mesti hati terusik melihat tingkah laku mereka yg kadangkala menyesakkan fikiran kan ? Apa salahnya kita ikhtiar untuk mengatasinya...setelah berusaha serahkan segalanya kepada Allah kerana Dia yg berkuasa di atas segala-galanya...
Jika kita rasa anak kita ada potensi untuk mempunyai sikap negatif ini, janganlah berputus asa...meh kita lihat usaha yg kita boleh lakukan...
1. Bangun ketika azan Subuh
2. Teruskan berwuduk dan tunaikan solat sunat
3. Selepas itu bacalah surah al-Fatihah sebanyak 21 kali di hadapan sebotol air minuman yg dibuka penutupnya
4. Berdoalah pada Allah dan mintalah apa yg dihajatkan dengan menyebut nama penuh mereka
5. Teruskan untuk solat Subuh
6. Sekiranya kehabisan air maka ulangi langkah yg sama cuma bacaan al-Fatihah perlu ditambah sebanyak 41 kali bagi pengulangan kedua, 70 kali bagi pengulangan ketiga
Berilah anak minum air yg telah di baca dengan surah al-Fatihah tadi...InsyaAllah dengan izin dariNya anak kita akan berubah...
Kata Hatiku : Apa yg kita hajati dengan niat yg baik...InsyaAllah Allah akan permudahkannya...