Showing posts with label Bongkar rahsia. Show all posts
Showing posts with label Bongkar rahsia. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

Rahsia Awet Muda Ku

Views

Salam



Ini lah rahsianya...hehee awet muda la sangat...sy dah pakai produk Safi Rania Gold ni since 2009 lg sampai la sekarang ni...alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan...mane la rupa awet mudanya tu ek...

 Jeng...Jeng...Jeng




Hehee nampak muda ke...
ape? 
umur? 
sy dah 33 tahun dah...

 Perasan je kan tuan belog ni (~_~)

Apa pun bersyukur dengan apa yg ade...semuanya hanya pinjaman sementara dari DIA...




Kata Hatiku : Nak lg nampak muda sentiasa la basahi wajah dengan air wudhuk (*_*)

Tuesday, 31 July 2012

Berhati-Hati Ketika Menukar Pakaian Di Pasaraya / Pusat Beli Belah

Views

Salam


Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya / pusat beli belah...


Hanya perlu menjalankan ujian mudah ini :


Letakkan hunjung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI...Jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI...ITU CERMIN TEMBUS...ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA MENUKAR PAKAIAN...


Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian, buat "ujian kuku" terlebih dahulu...tak sampai seminit pun nak buat ujian ni...


Saya share artikel ni dari FB sahabat...









Kata Hatiku : Dunia sekarang ni kat mana-mana pun kena berhati-hati...ramai sangat yg 'bijak pandai' tapi menyusahkan orang...

Friday, 18 May 2012

Rahsia Wanita Terbongkar Ketika Berjalan

Views

Salam

Wahai kaum Hawa meh kita lihat kita yg mana satu kah?

a) Ketika berjalan, selalu kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Wanita seperti ini dikatakan pandai menyimpan rahsia. Walaubagaimanapun ramai yg menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diurus.

b) Jika berjalan, jika diperhatikan dari arah belakang seolah tidak berpijak ke bumi. Kononnya, wanita yg jalannya berginjat, mereka ini tidak jujur. Dikatakan, kalau berbual mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yg berjalan seperti ini juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya, pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Namun dikatakan yg wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

c) Suka menunduk ketika berjalan, wanita yg berjalan spt ini dikatakan memiliki sifat yg tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang2 yg rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita spt ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yg dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yg berjaya menawan hatinya, mereka akan mendapat kebahagiaan. Kerana wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya.

d) Wanita yg berjalan menatap lurus ke hadapan, adalah dikatakan memiliki pendirian yg teguh, tidak senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali2 menentang apa yg dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, dia selalu berselisih pendapat. Wanita spt ini dikatakan hanya mahu berbual dengan orang yg berpengalaman luas.

e) Wanita yg badannya sering bergerak ke kiri dan ke kanan, adalah dikatakan tidak ambil kisah dengan masalah yg berlaku. Apa pun masalah yg ada di hadapannya, dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sikapnya suka ambil mudah ini, banyak persoalan yg akhirnya tdk dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

f) Jika berjalan badan nampak tegap. Wanita ini dikatakan tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri org lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yg menarik pada wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa2 yg dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa meninggalkan sifat2 romantiknya.

g) Kelihatan seperti zirafah ketika berjalan. Maksudnya, ketika melangkah badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini dikatakan sangat lemah perasaannya. Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita spt ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Ciri-ciri wanita yg mengikut cara berjalan spt yg dinyatakan di atas hanyalah berdasarkan pandangan orang yg mengkajinya. Tidaka ada nas daripada al-Quran mahupun hadis dalam perkara ini. Wanita yg terdidik dengan iman dan takwa, sudah pasti cara berjalannya sopan, menjaga pandangan dan membataskan diri daripada hal2 yg tidak wajar baginya.


Kata Hatiku : Orang kata sy berjalan macam mencari benda hilang je...maksudnya suka menunduk ketika berjalan la kan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...