Monday, 16 April 2012

Kepada Mu Ku Berserah

Views


~Allah tahu hatimu perit menahan luka~
~Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta~
~namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya~
~tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik~
~walau kamu sebenarnya tidak menyedari~
~bukan senang untuk redha dan pasrah~
~hati perlu kuat dan tabah~
~yang pasti~
~setiap yang berlaku ada hikmahnya~






Petikan di atas saya share dari FB...bila melihat bait-bait ayat di atas, memang itu lah yg perlu kita sematkan di dalam hati...tetapi kadang-kadang kita sebagai manusia bila ada je musibah yg menimpa diri mungkin ayat seperti ini akan terbit di hati kita, 'kenapa la semua ini terjadi pada diri kita bukan orang lain'...
mesti ada yg pernah berkata begitu kan ?

Saya akui kadang-kadang bila satu persatu masalah bertandang di kalbu...pernah juga mengenang nasib diri...selalu pujuk diri sendiri...tetapi ada kalanya terbabas juga...Ya Allah ampunkan la segala dosa-dosa hambaMu ini...
~Marilah sama-sama kita renungkan...percaturan Allah itu adalah yg terbaik untuk kita~


Kata Hatiku : Moga diri ini terus kuat dlm menghadapi segala dugaan yg mendatang

Friday, 13 April 2012

Gulpp...Kisah Malam Jumaat

Views






Salam

Situasi di Foodcourt jam 9.15 pagi...

Saya : Kak, nak nasi lemak...bungkus 1 ye...lauk paru sambal...kacang lebih sikit ye kak...

Tokeh Nasi Lemak : Ok...boleh je

Tengah akak tu menyendukkan nasi tetiba seorang lagi tokeh yg meniaga kat situ lalu sambil menegur akak ni,

Lambat sampai hari ni?

Tokeh Nasi Lemak : A'ah...biasalah semalam kan malam Jumaat...

Saya : (terkedu mendengarnya kerana ada seorang brader tengah memilih lauk di kedai yg sama)

Tokeh yg menegur tadi tu pun tak membalas apa-apa...terus berlalu nak mengemas meja makan agaknya...

Setelah selesai akak tu bungkuskan nasi lemak terus saya bayar...dah tau mesti RM3 hengget sebab dah selalu beli kat situ...

Saya pun melangkah balik nak naik ke opis...terfikir saya apa la anggapan brader sorang tadi tu bila dengar akak tu jawab camtu...walau ape pun maksudnya wajarkah dia menjawab macam tu?...sebabnya biasalah kan bila sebut malam Jumaat ni macam-macam andaian orang akan buat...takut tersilap mentafsir je kan...padahal kot la dia mengaji sampai ke Subuh ke...meniaga kat tempat lain ke...kan? cam situasi ni dah menjatuhkan maruah seorang wanita di mata brader tu je...apa pun berhati-hati la dalam berkata-kata...biar sedap didengar jagan main cakap lepas je...




Kata Hatiku: Cuba think positive tp sebagai seorang perempuan saya malu mendengar jawapan tu tadi...


Menang GA & Terpilih Sebagai Blog Gempak Minggu Ini ^_^

Views




Salam
Dah tengok tajuk tu kan...haa best2 syukur alhamdulillah pertama kali menjoin kan diri dalam GA pastu ada luck plak....hehehe...saya tersenarai sebagai salah seorang dari pemenang2nya...ni le hadiah yg akan saya dapat fridge magnet...tak perlu susah2 nak gi Hatyai dah dapat fridge magnet Hatyai....bertambah la nanti koleksi kat peti ais mak kat kampung tu nanti....terima kasih ye penganjur arwendanish (^_^)...






Satu lagi yg bestnya hari ni bila on je blog terus jenguk shoutbox...tengok ada yg meninggalkan jejak dengan ayat ni...


Berkerut jugak dahi ni tadi...terpilih apa pulak ni...gi la jenguk blog beliau...ehhh biar betul terpilih sebagai blog gempak minggu ini...syukur alhamdulillah ada yg tolong promote kan blog yg baru nak bertatih ni...tang mana gempaknya saya pun tak tau...orang lain je yg boleh menilainya kan kan kan...terima kasih juga ye tuan blog...tak lupa juga kepada tuan-tuan blog yg pernah promote blog saya ni...kadang2 ada yg terlepas pandang...
sama2 la kita beronok-ronok berblog ye (^_^)


Kata Hatiku : Bersyukur dengan apa yg diperolehi...moga blog ni akan terus dapat sokongan dari korang2 yg baik hati...


Thursday, 12 April 2012

Pentingnya Doa Dan Restu Ibu Bapa

Views




Salam 
Mari kita lihat dengan mata hati kita...moga ada secebis kesedaran kepada sesiapa yang telah membelakangi keluarga dalam apa jua hal...




Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"


Pengajaran Hadis:


1. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.


2. Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu dapa dan menjaga mereka sebaik-baiknya.


3. Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibubapa yang belum langsai semasa hayat mereka.


4. Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah berkeluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dia ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.


5. Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Saya merasa sebak ketika menaip entri ini kerana mengenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku melibatkan hal ibu bapa...ada yang membiarkan ibu hidup merempat mengharap belas kasihan dari orang lain...ada yang meninggalkan bapa di perhentian bas tanpa memikirkan kepiluan hati seorang ayah...dan macam-macam lagi kisah yang kita boleh lihat di dada-dada akhbar....ya Allah di manakah letaknya hati mereka-mereka yang kejam ini...moga engkau tidak pesongkan hati hambaMu ini ke jalan yang tidak engkau redhai...
Moga ada manfaat untuk kita bersama...Amin





Kata Hatiku : Terlalu tersentuh bila mengenangkan hal-hal yang berkaitan dengan ibu bapa...mengalir la air mata ini...

Sumber : Facebook & JAKIM



Tuesday, 10 April 2012

Hargai Orang Tua Kita ~ Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Views



Salam
Perkongsian untuk peringatan kita bersama...sy terkesan bila membacanya...moga memberi kesedaran kepada kita yg bergelar ANAK...
Mari kita hayatinya...

Bila mak kata dia teringat...kita jawab kita sibuk sangat...
Bila ayah kata dia rindu...kita jawab nantilah hujung minggu...

Bila mak minta kita pulang...kita jawab kita belum lapang...
 Bila ayah minta kita singgah...kita jawab kerja kita belum selesai...

Bila hati kita terguris...kita kata "Mak memang tak pernah faham"...
Bila hati kita terhiris...kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"...

TETAPI

Bila hati mak kita terguris...mak kata "Tak apa, dia masih muda"...
Bila hati ayah kita terhiris...ayah kata "Tak mengapa, belum sampai akalnya"...

Bila kita menangis tanda lapar...mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita...ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal...mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa...ayah teguh berkata dia tetap bangga...

~~Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia~~

Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa untuk mereka...





Kata Hatiku : Sy sayang mak abah sy...pengorbanan mereka memang tiada tandingannya...Moga Allah rahmati kedua-dua orang tua ku...


Sumber : Facebook




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...