Friday 17 May 2013

Bersyukurlah Dengan Nikmat Kurniaan Dari-Nya

Views

Salam

Sy nak kongsi cerita yg berlaku pagi tadi...Kejadian yg membuatkan sy berfikir tentang nikmat yg Allah berikan kepada kita...

Semasa sy berjalan menuju ke stesen LRT sy lihat seorang lelaki Melayu yg cacat penglihatan menuruni tangga...semakin lama kami semakin hampir kerana sy ingin menaiki tangga tersebut...bila kami hampir bertembung sy tergamam sebab makin sy mengelak, tongkatnya di hayun ke kiri dan ke kanan dan sy hampir-hampir terkena tongkatnya itu...yg paling sy tergamam bila lelaki tersebut hampir-hampir melanggar tiang di laluan pejalan kaki...sy terkaku sekejap sebab tak tau nak tolong macamana...nak tarik tangan dia...dia pulak pakai kemeja lengan pendek...alhamdulillah Allah utuskan hambanya untuk membantu tepat pada masanya...seorang lelaki Cina yg  melalui jalan tersebut terus memegang tangan lelaki "celik hati' itu td...sy mendengar lelaki Cina itu mengucapkan good morning dan bertanya dia hendak ke mana...syukur lelaki tadi selamat dari terlanggar tiang...sy pun terus menaiki tangga dan sempat berpaling ke belakang untuk melihat kedua-dua lelaki tersebut...lelaki Cina td memimpin lelaki tersebut tetapi tidak tahulah sampai mana kerana sy fikir dia juga hendak ke tempat kerja yg mungkin berlainan arah...dan sy mula terfikir macamana lah perjalanan lelaki 'celik hati' itu seterusnya nanti...dalam hati sy doakan moga dia selamat sampai ke destinasinya dan untuk lelaki Cina td moga dibalas baik pertolongannya itu...




Sy ambil iktibar dari kejadian ini...kerana sy pasti ada antara kita yg selalu mengeluh kerana di timpa atau di uji dengan pelbagai dugaan...kita kena ingat bahawa ada lg orang lain yg di uji lg dasyat dari kita...contohnya lelaki tadi Allah tarik nikmat untuk melihat sedangkan kita yg celik mata ni kadangkala tak tau nak bersyukur diberi penglihatan yg baik untuk memudahkan kita menjalani kehidupan...satu lg iktibar yg sy dapat ialah pertolongan perlu di berikan kepada sesiapa sahaja yg memerlukan tanpa mengira kaum, warna kulit atau sebagainya...mungkin hari ini hari dia...entah esok lusa kita pula yg di timpa bencana...siapa tahu kan?

Apa pun yg penting kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan kepada kita...kerana dalam sekelip mata Allah boleh tarik semula apa yg telah diberikan kepada kita andai DIA mahu...


Kata Hatiku : Bersyukur dengan apa yg ada...


8 comments:

  1. nice entry...kalo smua ada sikap mcm lelaki cina tu, alangkah amannya dunia ni... ;)

    ReplyDelete
  2. Salam akak! hehehe

    Ada skali kak, saya naik bas pi kl. Dlm bas, ada seorang kurang upaya penglihatan. Dia duk dekat dgn pemandu la. Saya pun tak jauh dri pemandu. Yg sya geram, pemandu bas tu bawak bas mcm nek roller coaster, melambung2 dibuatnye,hahaha

    Dah geram, mula la hati ni bisik bukan2.. dah smpai kl sntral tu, Allah nak tunjuk la kan, buruk2 sikap memandu pemandu bas tadi, ada sisi baiknya kak.. Pakcik kurg upaya tadi, nak turun kat satu hentian ni, and nak melintas seberang. Pemandu bas tadi, pas benti, terus buka pintu bas, dia keluar dari tmpt duduk dia.

    Terus pegang uncle tu, bwk turun dari bas, terus melintas. Pastu selamba naik bas balik. Kenderaan kat blkg bas bertabah tunggu bas bergerak, dia teruskn perjlnn mcm biasa n still bwk mcm roller coaster,hehehe.

    Dunia ni..masih ramai lagi org baik :)

    ReplyDelete
  3. Nice sharing..kadang2 perkara yg berlaku disekeliling kita dapat memberi seribu satu makna buat insan2 yg celik hati..

    Alhamdullilah...utk segala nikmat kurniaanNya ♥

    ReplyDelete
  4. kadang2 kita lupa untuk bersyukr..kita lupa ada org yg lebih teruk dari kita.. tapi kita masih rasa kita ni teruk...padahal itu salah satu tanda kita tak bersyukur...

    manusia tak pernah puas dgn apa yg kita milikikan...
    jadi hari2 kena taman dalam hati rasa byukur dgn nikmat yg diberiNYA....

    ReplyDelete
  5. bersyukur dengan apa yang kita ada. semuanya mesti ade hikmah kan~ :)

    ReplyDelete
  6. pertolongan ALLAH itu datang dalam macam2 rupa kan. hehehe..bersyukurlah kita semua

    ReplyDelete
  7. Assalammualikum...

    Saya baca cerita nie .. mmg menginsafi diri jugak... kekadang kita kurang bersyukur dengan apa yang ada... bila nikmat yang dipunyai hilang baru kita nak mencari2 atau meraba...
    Moral story : bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita, dan membantu pada mereka yang memerlukan....

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...mawar,

    Bila membaca kisah nie kekadang menginsafi diri juga, kekadang kita sering lupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada kita, bila nikmat yang diberikan itu ditarik balik baru kita nak insaf kan...
    sama2 lah kita bantu membantu atas golongan yang memerlukan dan bersyukur atas nikmat yang diberikan....oleh Nya...

    mselim3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...