"Tidak ada sesuatu yang melata di muka bumi ini, kecuali ditanggung oleh Allah Taala rezekinya dan dia (Allah) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, semua (tertera) di kitab yang jelas" (Surah Hud - ayat 6).
Di sini sy ingin kongsikan amalan & doa yang kita boleh amalkan untuk membuka pintu rezeki...InsyaAllah...
1. Bertakwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah :
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (Al-Talaq: 2-3).
2. Membanyakkan istighfar, kerana Allah berfirman:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya: Sehingga aku berkata : Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (Nuh: 10-12)
3. Menjauhi maksiat, kerana Nabi SAW bersabda:
وإن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه
Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukan. Direkod oleh Ibnu Majah (no : 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.
4. Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda pada waktu pagi selepas solat subuh :
اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبل
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan diterima. Direkod oleh Ibnu Majah (no: 925).
5. Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira sama ada masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan tebuka untuk kamu.
~Dato' Dr. Fadzilah Kamsah~
InsyaAllah amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya
Kata Hatiku : Ya Allah, bukakan pintu rezeki buatku...berikan kekuatan padaku untuk terus mencari rezeki yang halal...
Sumber : Sini