Saturday, 28 April 2012

Renungkan lah...Moga Kita Insaf...

Views


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْـ...
ـــــــــمِ اللّهِ ارَّحْمَنِ ارَّحِيْمِ

Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh”
(QS. An-Nisa : 78)

Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, ia berkata bahwa Rasulallah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Banyak-banyak lah kalian mengingat kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan yaitu Maut (kematian).”
(HR At-Tirmizi & Ibnu Majah)

♥*☀* ♥*☀*♥*☀* ♥*

INGAT LAH...!!!!
Secantik dan setampan mana pun wajah kita.
Seseksi dan segagah apa pun tubuh kita.
Sekaya dan setinggi apa pun jawatan kita.
Jangan lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!
Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak di makan cacing dan ulat..!!!

LIHAT LAH mereka yang lebih dulu terkapar ditanah (kubur)..!!!
Mereka dulu pernah hidup juga sama seperti kita..!!
Entah esok, lusa, atau barangkali sesaat lagi, tiba saat nya giliran kita menyusul mereka..!!
GELARAN yang kita sandang pun sama juga..!!
Kekayaan, jawatan, kecantikan tak akan lagi bersama kita..
Semua lenyap entah kemana...
Yang ada hanya lah ulat dan cacing tanah yang mengerumuni tubuh kita...!!!

Astaghfirullah yaa Allah..!
Astaghfirullah yaa kariim...!
Astaghfirullah yaa Rabbi..!

“Yaa Allahu yaa Tuhan ku..
Beri lah hati kami petunjuk untuk menuju kepada Mu.
Dan beri lah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkan lah kami dari siksa Api Neraka..
Aamiin aamiin Yaa Allahu yaa Rabbil'al-amin.


Kata Hatiku : Kita sama sahaja cuma amalan yg di bawa nanti yg akan membezakan kita...

Sumber : FB

Thursday, 26 April 2012

Siapa Aku Di Depan Tuhanku ???

Views


Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu...sambil berpoya-poya dengan waktu...masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju...fikiran terus bercelaru...terlupa aku semakin dihujung waktu...siapa aku di depan Tuhan ku???

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku...aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku...aku bertolak ansur dengan waktu...aku gembira membilang keuntungan...aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan...siapa aku di depan Tuhan ku???

Asarnya
aku lupa warna masa cepat berubah...bagaikan ditolak-tolak...aku masih dengan secawan kopiku...terlupa panas tidak dihujung kepala...aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka...siapa aku di depan Tuhan ku???

Maghribnya
aku melihat warna malam...tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya...mencari sisa-sisa keseronokan...tidak terasa ruang masa yang singkat...jalan yang bertongkat-tongkat...ruginya bertingkat-tingkat...siapa aku di depan Tuhan ku???

Isyaknya
kerana masanya yang panjang...aku membiarkan penat menghimpit dadaku...aku membiarkan kelesuan mengangguku...aku rela terlena sambil menarik selimut biru...bercumbu-cumbu dengan waktuku...siapa aku di depan Tuhan ku???

Kini aku menjadi tertanya-tanya...sampai bila aku akan melambatkan sujudku...apabila azan berkumandang lagi...aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati...bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.


Artikel ni saya share dari FB...mari jenguk entri ni untuk membuatkan kita menjadi lebih insaf lagi...moga ada manfaat bersama...



Kata Hatiku : Terkadang terleka juga...

** Saya ada masalah nak BW...dah tinggalkan jejak tapi tengok kat shoutbox tak keluar...huhuu camane nak buat tu?


Tuesday, 24 April 2012

Duhai LELAKI dan WANITA...

Views


*~LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL...wanita ni lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI...jangan lwtak harapan seandainya hati tidak yakin...jangan beri HARAPAN pada yang mudah menyerap harapan...hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah...bila sudah terluka, susah nak rawat balik...

*~WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang...ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak...jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu...

p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada...cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian...tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah...

** Maaf saya tidak dapat membalas kunjungan kawan2....InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan singgah ye...








 
 

Wednesday, 18 April 2012

Tuesday, 17 April 2012

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Views


Wahai wanita...wanita yang berada di seluruh dunia...tak kira bangsa...umur atau rupa...oh asalkan kau wanita....ehhh ternyanyi la pulak...hehee adakah anda wanita??? Jom kita tengok di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini...

Jawapannya seperti berikut :-


Kesalahan PERTAMA
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Kesalahan KEDUA
Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek

Kesalahan KETIGA
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya

Kesalahan KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'

Kesalahan KELIMA
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

Kesalahan KEENAM
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya

Kesalahan KETUJUH
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung

Kesalahan KELAPAN
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya

"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan Janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur : 31)

Kesalahan KESEMBILAN
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan


"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245).

Kesalahan KESEPULUH
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki sama ada menyanyi ataupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT: "Janganglah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan kita masih seolah-olah meraguinya?
~Renung-renungkan~



Kata Hatiku: Sekarang ni wanita terlalu mengikut fesyen bertudung yg kadangkala nampak pelik di pandangan mata...

Gambar : Google 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...