Thursday, 15 March 2012

Suka Melewat-Lewatkan Solat ???

Views

Baca kalau nak insaf !!!

 

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita menyembahnya.

 

Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda: "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibni Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas : "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) - Sumber

Seksaan Bagi Orang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat :

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah : 

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata : "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh".

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikian berterusan seksaa oleh Sajaul Aqra hinggalah kiamat.

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :

  • Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
  • Set jam waktu solat kat alarm clock pada handphone anda.
  • Tampalkan poster-poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
  • Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter dan chating dan terus tunaikan solat.

 

Ingatlah bahawa syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti. Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak diramal. Kalau tak 
sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI !!!


Artikel ni saya share dari facebook...memang tak dinafikan ada di antara kita yg melewat-lewatkan solat...jujur sy sendiri pun adakalanya begitu...huhuhu terasa takut semasa baca & taip artikel ni...mungkin ada yg sudah tahu berkenaan dengan hal ini...sy masukkan ke dalam blog untuk peringatan kepada diri sy sendiri juga...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Masih banyak kelemahan diri ini yg perlu diperbaiki

Sumber Gambar : Google

Wednesday, 14 March 2012

Wordless Wednesday #9 ~ Agak-Agak Berapa Tahun Tak Basuh Ni ???

Views







Kata Hatiku : Eeiiiii memang pengotor ya amat !!!


Sumber : Facebook

Tuesday, 13 March 2012

Kita Lupa Kerana Terbiasa

Views



Salam sumer...
Apa pulak yang kita lupa kerana terbiasa tu ek...selalunya orang kata kita lupa kerana banyak makan semut...hehe betul ke??? yg tu orang yg kata...tp sy kata semut yang suka datang kat sy sebab manis macam gula...hihihi pasan la ko tuan blog ^_^
Meh kita tengok apa kesnya ni....

Mungkin kerana kita leka...sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH.

Bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH.

Bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANNALLAH ditutup oleh 'cantiknya'.

Bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHI WAINNAILAIHIROJIUN.

Kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...tapi ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...


           


B  ---> Bismillahirrahmanirrahim
I   ---> InsyaAllah
S  ---> Subhanallah
M ---> MasyaAllah
I   ---> Innalillahi wainnalillahirojiun
L ---> Lahawlawallaku wataillah billah
L ---> Lailahaillallah
A ---> Alhamdulillah
H ---> Hari-hari amalkan



Kata  Hatiku : Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan...tidak ada di antara kita yang sempurna...Hiduplah dengan Kasih Sayang...

Monday, 12 March 2012

Bacalah Al Quran Wahai Sahabat

Views




Analogi Cerita Yang Membuka MINDA...

Seorang lelaki tua tinggal di sebuah ladang bersama cucu lelakinya. Setiap pagi si datuk akan bangun awal dan duduk di anjung rumah sambil membaca al-Quran.

Si cucu pula sangat mengkagumi datuknya. Dia ingin menjadi seperti datuknya lantas mengikut dan meniru apa saja yang dilakukan oleh lelaki tua itu.

"Tok, saya cuba membaca Quran seperti yang tok lakukan setiap pagi tetapi saya tidak faham. Saya akan lupa apa yang saya baca sebaik saja saya menutupnya. Apakah kebaikannya membaca Quran padahal saya tidak memahaminya?" kata si cucu pada suatu pagi.

"Ambil bakul ini dan bawa ia ke sungai. Cedok air sungai dan bawakan air itu kepada datuk" pinta si datuk.

Si cucu melakukan apa yang di suruh oleh datuknya tanpa banyak soal. Namun setiap kali dia mencedok air menggunakan  bakul itu, air tersebut akan kering sebelum dia sempat sampai di rumah.

"Cucu mesti berlari dengan lebih cepat supaya air yang di dalam bakul itu tidak sempat kering" kata si datuk sambil tersenyum.

Si cucu pun berlari sambil membawa sebakul air dengan harapan ia akan sempat sampai di rumah sebelum air yang di dalam bakul itu kering. Malangnya, selaju mana pun dia berlari, air di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di rumah. Si cucu kepenatan lalu menemui si datuk untuk memberitahu bahawa betapa mustahilnya untuk membawa pulang air di dalam bakul.

"Kenapa kita tidak gunakan saja timba untuk mengangkut air?" tanya si cucu kepada datuknya.

"Yang datuk inginkan ialah sebakul air bukan setimba air. Kamu tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh" kata si datuk.

"Saya akan tunjukkan kepada tok bahawa sia-sia saja mengangkut air menggunakan bakul" kata si cucu lagi.

Sekali lagi, si cucu mencedok air dengan menggunakan bakul dan berlari sekuat hatinya menuju ke rumah namun air yang di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di sana. Perbuatan ini diperhatikan oleh si datuk.

"Tok dah lihat sekarang kan? Mustahil untuk mengankut air menggunakan bakul. Ia adalah perbuatan yang sia-sia" kata si cucu.

"Jadi cucu ingat ia adalah perbuatan yang sia-sia? Cuba cucu lihat keadaan bakul itu" kata si datuk.

Si cucu melihat dan membelek bakul tersebut. Pertama kali dia perasan yag keadaan bakul itu berbeza sekarang. Bakul itu kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya, luar dan dalam.

"Cu, begitu juga yang terjadi apabila kita membaca Quran. Mungkin cucu tidak memahami dan tidak mengingati semua isi kandungan Quran tersebut tetapi cucu akan berubah menjadi bersih, luar dan dalam. Begitulah caranya Allah memelihara kita di di dunia ini" kata si datuk.

MORAL OF THE STORY : BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI NESCAYA HATI ANDA AKAN BERSIH DAN SUCI JUGA MEMPEROLEHI KETENANGAN HATI...


Kata Hatiku : Cucilah hati dengan ayat-ayat al-Quran bukan guna yang ini.


Sumber : Facebook

Friday, 9 March 2012

Keajaiban Selawat

Views




SUBHANALLAH...mari lah kita sama-sama lihat betapa hebatnya kuasa selawat ini...


1) Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim).

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahu pun di akhirat.

11) Amalkan selwat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghidarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawatsebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitunganya, insyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilagkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


Syukur alhamdulillah...sy memang cari artikel berkaitan dengan keajaiban selawat ni...masa tu dengar slot Semanis Suria di Suria.fm yang dikendalikan oleh Dato' Ustazah Siti Nurbahyah...Banyak ilmu yang boleh kita dapat dari cerita-cerita yang disampaikan dalam slot ini...sy kongsikan di sini untuk panduan kita bersama...  



Kata Hatiku : Nak seribu daya...tak nak seribu dalih...yg pasti segala perbuatan yg ikhlas pasti akan dibalas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...