Monday, 19 March 2012

Pengalaman Yang Memalukan

Views


Salam sumer...
Sy pasti korang2 sumer pun mesti ada pengalaman yg memalukan...betoi tak ??? sy nak kongsikan pengalaman sy kat dalam blog ni...bukan nak mengaibkan diri sendiri tetapi untuk mengingatkan bahawa segala perkara yg kita lakukan mesti lah dengan berhati-hati atau dengan kata lainnya beringat-ingat...meh tengok satu persatu pengalaman yg telah memalukan sy...hehee

Situasi 1
Kejadian ni berlaku pada tahun 1999...masa tu sy form 6 & dapat panggilan ujian kecergasan untuk Diploma Sains Sukan UiTM Shah Alam...dalam ujian tu sy kena lari sejauh 2.4 km...tak usah nak kata le mengahnya...rasanya kalau kaki ni pakai skru dah nak tercabut kot...walaupun masa tu badan kena tiup angin pun leh melayang ^_^ 

Dah sudah tu berjalan le nak gi toilet nak mandi sebab ada sesi interview pulak...tengah jalan-jalan tu entah macam mana ada longkang yang tak ditutup dengan besi penghadang...ada space pulak antara penghadang tu...sy yang tengah keletihan ni mana le nak perasan...tau2 je kaki sebelah dah termasuk dalam longkang, sebelah lagi sangkut kat atas besi penghadang tu....korang leh bayangkan tak??? sakitnya tuhan je yg tau...

Huhuu yang malu tu tengah2 alam sy jatuh...budak2 lain ramai tengok sebab diorang tengah tunggu giliran nak interview...sy bangun tak pandang kiri kanan jalan tunduk je...dalam hati macam2 perasaan ade...sampai je toilet tengok siku berdarah kaki pulak kulit mengelupas...huhuhu nak nangis je rasa masa mandi pedih ya amat luka tu...langsung tak bersemangat nak interview...penyudahnya memang tak dapat pun masuk UiTM teruskan je tingkatan 6...rupanya ada hikmah juga x dapat masuk UiTM tapi dapat masuk UUM lepas habis form 6...

Situasi 2
Ni pulak berlaku tahun lepas...balik keja cam biasa naik kaki...hehe tau kan naik kaki camne...masa nak naik jejantas bertembung la dengan 2 orang makcik ni yg tengah borak2 sambil naik tangga jejantas...sy lalu tepi diorang terdengar la makcik tu sembang "jem giler petang ni"...sy yg dengar tersenyum terus kata dalam hati amboi makcik ni ingatkan budak2 muda je guna ayat gitu...terus je jalan & ada satu lagi tangga atas jejantas...tengah naik tangga tu tiba2 angin kuat...apa lagi tersingkap le kain baju kurung sy ke atas...haaa kelam kabut sy tunduk pegang2 kain jangan bagi kain terbang lagi...huhu dalam hati kata tu le tadi kutuk makcik tu lg...kan tuhan bayar cash jap2 tu juga...sy tak pandang belakang dah tak tau le sape yg dapat tengok wayang free td...sy terus je jalan dengan perasaan malu ya amat...huhuhu


Situasi 3
Ni pun berlaku tahun lepas jugak...sy gi keje cam biasa singgah beli sarapan pastu tunggu lift nak naik opis...dah masuk opis buat keje cam biasa sampai la tengahari nak gi turun surau...masuk lift xde org..lift pulak becermin apa lagi perempuan kan pantang nampak cermin...dok mengiring la tengok cermin terus terkejut...nak tahu apa kes....sy terlupa zip baju kat tepi...yg perempuan mesti tau kan zip tu...baju kurung moden ada yg zip belakang ada yg kat tepi...lepas dah perasan zip terbuka terus perjalanan yg dari pagi tadi tergambar kat skrin otak ni....patut le ade yg pandang2 masa nak naik lift masuk opis pagi tu...malunya weh...tapi yg paling bernasib baiknya dari pagi sampai tengahari tak masuk bilik bos langsung...kalau tak, malunya le hari2 nak mengadap muka bos...org lain tu tak kisah sangat le sebab tak kenal...hehehe sampai sekarang kalau pakai baju tu mesti teringat & terus zip lepas pakai...tak mo la pisang berbuah 2 kali ^_^



Sebenarnya banyak lagi pengalaman yg memalukan sy...cuma yg di atas ni la antara pengalaman yg terlampau...heheh...korang jangan gelak...haaa nanti tuhan balas tau (*_*)



Kata Hatiku : Pengalaman dapat mengajar kita lebih berhati2 dalam segala hal.

Thursday, 15 March 2012

Suka Melewat-Lewatkan Solat ???

Views

Baca kalau nak insaf !!!

 

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita menyembahnya.

 

Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda: "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibni Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas : "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) - Sumber

Seksaan Bagi Orang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat :

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah : 

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata : "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh".

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikian berterusan seksaa oleh Sajaul Aqra hinggalah kiamat.

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :

  • Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
  • Set jam waktu solat kat alarm clock pada handphone anda.
  • Tampalkan poster-poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
  • Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter dan chating dan terus tunaikan solat.

 

Ingatlah bahawa syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti. Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak diramal. Kalau tak 
sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI !!!


Artikel ni saya share dari facebook...memang tak dinafikan ada di antara kita yg melewat-lewatkan solat...jujur sy sendiri pun adakalanya begitu...huhuhu terasa takut semasa baca & taip artikel ni...mungkin ada yg sudah tahu berkenaan dengan hal ini...sy masukkan ke dalam blog untuk peringatan kepada diri sy sendiri juga...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Masih banyak kelemahan diri ini yg perlu diperbaiki

Sumber Gambar : Google

Wednesday, 14 March 2012

Wordless Wednesday #9 ~ Agak-Agak Berapa Tahun Tak Basuh Ni ???

Views







Kata Hatiku : Eeiiiii memang pengotor ya amat !!!


Sumber : Facebook

Tuesday, 13 March 2012

Kita Lupa Kerana Terbiasa

Views



Salam sumer...
Apa pulak yang kita lupa kerana terbiasa tu ek...selalunya orang kata kita lupa kerana banyak makan semut...hehe betul ke??? yg tu orang yg kata...tp sy kata semut yang suka datang kat sy sebab manis macam gula...hihihi pasan la ko tuan blog ^_^
Meh kita tengok apa kesnya ni....

Mungkin kerana kita leka...sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH.

Bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH.

Bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANNALLAH ditutup oleh 'cantiknya'.

Bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHI WAINNAILAIHIROJIUN.

Kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa...tapi ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...


           


B  ---> Bismillahirrahmanirrahim
I   ---> InsyaAllah
S  ---> Subhanallah
M ---> MasyaAllah
I   ---> Innalillahi wainnalillahirojiun
L ---> Lahawlawallaku wataillah billah
L ---> Lailahaillallah
A ---> Alhamdulillah
H ---> Hari-hari amalkan



Kata  Hatiku : Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan...tidak ada di antara kita yang sempurna...Hiduplah dengan Kasih Sayang...

Monday, 12 March 2012

Bacalah Al Quran Wahai Sahabat

Views




Analogi Cerita Yang Membuka MINDA...

Seorang lelaki tua tinggal di sebuah ladang bersama cucu lelakinya. Setiap pagi si datuk akan bangun awal dan duduk di anjung rumah sambil membaca al-Quran.

Si cucu pula sangat mengkagumi datuknya. Dia ingin menjadi seperti datuknya lantas mengikut dan meniru apa saja yang dilakukan oleh lelaki tua itu.

"Tok, saya cuba membaca Quran seperti yang tok lakukan setiap pagi tetapi saya tidak faham. Saya akan lupa apa yang saya baca sebaik saja saya menutupnya. Apakah kebaikannya membaca Quran padahal saya tidak memahaminya?" kata si cucu pada suatu pagi.

"Ambil bakul ini dan bawa ia ke sungai. Cedok air sungai dan bawakan air itu kepada datuk" pinta si datuk.

Si cucu melakukan apa yang di suruh oleh datuknya tanpa banyak soal. Namun setiap kali dia mencedok air menggunakan  bakul itu, air tersebut akan kering sebelum dia sempat sampai di rumah.

"Cucu mesti berlari dengan lebih cepat supaya air yang di dalam bakul itu tidak sempat kering" kata si datuk sambil tersenyum.

Si cucu pun berlari sambil membawa sebakul air dengan harapan ia akan sempat sampai di rumah sebelum air yang di dalam bakul itu kering. Malangnya, selaju mana pun dia berlari, air di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di rumah. Si cucu kepenatan lalu menemui si datuk untuk memberitahu bahawa betapa mustahilnya untuk membawa pulang air di dalam bakul.

"Kenapa kita tidak gunakan saja timba untuk mengangkut air?" tanya si cucu kepada datuknya.

"Yang datuk inginkan ialah sebakul air bukan setimba air. Kamu tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh" kata si datuk.

"Saya akan tunjukkan kepada tok bahawa sia-sia saja mengangkut air menggunakan bakul" kata si cucu lagi.

Sekali lagi, si cucu mencedok air dengan menggunakan bakul dan berlari sekuat hatinya menuju ke rumah namun air yang di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di sana. Perbuatan ini diperhatikan oleh si datuk.

"Tok dah lihat sekarang kan? Mustahil untuk mengankut air menggunakan bakul. Ia adalah perbuatan yang sia-sia" kata si cucu.

"Jadi cucu ingat ia adalah perbuatan yang sia-sia? Cuba cucu lihat keadaan bakul itu" kata si datuk.

Si cucu melihat dan membelek bakul tersebut. Pertama kali dia perasan yag keadaan bakul itu berbeza sekarang. Bakul itu kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya, luar dan dalam.

"Cu, begitu juga yang terjadi apabila kita membaca Quran. Mungkin cucu tidak memahami dan tidak mengingati semua isi kandungan Quran tersebut tetapi cucu akan berubah menjadi bersih, luar dan dalam. Begitulah caranya Allah memelihara kita di di dunia ini" kata si datuk.

MORAL OF THE STORY : BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI NESCAYA HATI ANDA AKAN BERSIH DAN SUCI JUGA MEMPEROLEHI KETENANGAN HATI...


Kata Hatiku : Cucilah hati dengan ayat-ayat al-Quran bukan guna yang ini.


Sumber : Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...