Friday, 9 March 2012

Keajaiban Selawat

Views




SUBHANALLAH...mari lah kita sama-sama lihat betapa hebatnya kuasa selawat ini...


1) Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim).

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahu pun di akhirat.

11) Amalkan selwat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghidarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawatsebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitunganya, insyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilagkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


Syukur alhamdulillah...sy memang cari artikel berkaitan dengan keajaiban selawat ni...masa tu dengar slot Semanis Suria di Suria.fm yang dikendalikan oleh Dato' Ustazah Siti Nurbahyah...Banyak ilmu yang boleh kita dapat dari cerita-cerita yang disampaikan dalam slot ini...sy kongsikan di sini untuk panduan kita bersama...  



Kata Hatiku : Nak seribu daya...tak nak seribu dalih...yg pasti segala perbuatan yg ikhlas pasti akan dibalas...



Thursday, 8 March 2012

Fakta Tentang Masakan Ibu

Views




Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap, pendek kata tak boleh lawan dengan ibu orang lain. Sedangkan mungkin bagi orang lain masakan tersebut biasa-biasa aje (*_*)

Tapi tahu tak kenapa kita sentiasa rasa masakan ibu kita yang paling sedap??? sebab...apabila seorang wanita itu memasak, dia memasak dengan sepenuh hati...umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah ratus masakan tersebut...

"Kenapa sedap sangat ni mak masak?" Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut...orang lain rasa tak sedap, sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ^_^

Uwwaaaa artikel ni buat sy rindu kat mak & abah...rindu juga nak makan masakan mak sy...dan memang betul la keputusan yg sy buat nak balik kampung esok (hari Jumaat)...hehee tiket pun dah beli, bas pukul 3.00 petang...sok keje halfday je...sabar ye duhai hati...macam ni la nasib hidup merantau kan kan kan...






Kata Hatiku : Doakan moga sy selamat sampai ke kampung sok ye...

Sumber : Facebook

Wednesday, 7 March 2012

Wordless Wednesday #8 ~ Siapa gelak...dia jahat

Views






Kata Hatiku : Saya senyum aje ^_^

Sumber : Facebook

Tuesday, 6 March 2012

11 Orang Yang Mendapat Doa Dari Malaikat

Views

Salam sumer...
Sebelum ini sy ada kongsikan waktu mustajab untuk berdoa di entry ni...hari ni sy nak kongsikan pula mengenai orang-orang yg mendapat doa dari malaikat...alangkah indahnya andai diri kita tergolong di kalangan orang-orang tersebut...meh kita tengok siapakah golongan itu...



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai mebaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yg sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Dah habis baca??? tunggu apa lagi...meh la kita buat mana yg kita mampu...tak rugi pape pun kan...InsyaAllah anda buat anda dapat kata Dato' Ustazah Siti Norbahyah ^_^



Kata Hatiku : Perkara-perkara yg kita anggap biasa2 aje rupanya kalau buat ada malaikat doakan kita...betul lah Allah kata setiap perkara yg dilakukan pasti ada ganjarannya...

Sumber : Facebook

Monday, 5 March 2012

Adik Ku Sedap ???

Views





Korang tengok tu...ade yg tersesat cari keyword gitu terus ke blog ni...hehee entah pape je...ape yg adik ku sedap tu ???...yg lain-lain tu memang ada kaitan la dengan belog ni...bila pikir-pikir balik mungkin berkaitan dengan entry ni kot...tapiii yg ni sedap tang nama je tau...yg hamba Allah tu cari sy tak tau la ape maksudnya kan...hihihi macam-macam hal la...pikir positif je la ye ^_^



Kata Hatiku : Perangai manusia sekarang ni kadang-kadang memang pelik...huhuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...