Friday, 23 March 2012

Tangisan Dan Airmata Yang Menyelamatkan Kita

Views


Menangislah kerana anda pernah melakukan suatu kesilapan dalam hidup. 

Menangislah bahawa anda sudah menghabiskan usia muda dengan melupakan perintah-perintah Allah SWT.

Menangislah bahawa sampai usia setua ini, anda masih belum merasakan nikmatnya solat, membaca al-Quran dan berdoa.

Menangislah bahawa selama ini anda telah salah mendidik anak dan isteri.

Menangislah bahawa selama ini anda menyara keluarga dengan cara-cara yang jauh dari tuntutan agama.

Menangislah bahawa selama ini anda tidak bangga menjadi seorang Muslim.

Menangislah kerana selama ini anda tidak takut dengan balasan Allah terhadap perbuatan-perbuatan buruk yang anda lakukan secara sembunyi, lebih-lebih lg yang secara terang-terangan. 

Merintihlah di hadapan Allah kerana anda sering melanggar larangan-Nya

 

Namun, jangan pernah berputus asa jika anda berbuat dosa. Contohilah Adam Alayhissalam, makhluk yang Allah SWT ciptakan dengan dua tangan-Nya sendiri, yang Allah tiupkan roh-Nya ke dalam dirinya, yang malaikat bersujud kepadanya, yang Allah SWT berikan kenikmatan syurga dan isteri yang cantik. Ia melakukan kesalahan, kemudian bertaubat. Allah pun menerima taubatnya, bahkan Allah akan mengembalikannya ke syurga.

Ketika anda melakukan dosa kerana kekhilafan, maka sembunyikanlah aib itu dan jangan ceritakan kepada orang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita untuk tidak menceritakan aib kita sendiri kepada orang lain, dengan sabdanya,

'Seluruh umatku pasti di maafkan kesalahanya, kecuali orang yang menceritakan (kesalahannya kepada umum). Mereka adalah orang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian memasuki pagi hari dan Allah telah menutupi kesalahannya itu, namun dia bercerita kepada orang lain, 'Wahai Fulan, semalam saya sudah melakukan ini itu'. Padahal, Allah sudah menutupi aibnya itu, tapi ia malah membuka tutupan itu pagi harinya'. (Hadits, riwayat Bukhari dan Muslim).

Menceritakan maksiat yang anda lakukan kepada orang lain termasuk perbuatan dosa, apa lagi jika dengan cerita itu masyarakat tahu bahawa anda adalah kotor. Selain itu, menceritakan maksiat yang pernah anda lakukan juga akan mendorong orang lain mengikut jejak anda. Dengan begitu, dosa yang anda pikul menjadi berlipat ganda.

Maka, sekarang menangislah. Cucurkan airmata penyesalan. Tangisan anda yang disertai dengan penyesalan, kini punya nilai berharga di mata Allah. Betapa ramai hamba Allah yang menjadi wali-Nya lantaran banyak menangis kerana takut kepada Allah. Betapa ramai hamba Allah yang diselamatkan dari jilatan api neraka lantaran setitis air mata penyesalan itu.

Dengarlah, bisikan Rasulullah SAW di telinga kita,

'Api neraka tidak mungkin menjilat seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah, seperti tidak mungkinnya air susu yang sudah keluar kembali lagi ke puting payudara'. (Hadits, riwayat at-Tirmidzi)

Engkau benar duhai Rasulullah dan betapa sejuknya bisikanmu itu...



Kata Hatiku : Subhanallah, Allah itu Maha Penyayang sifatnya...

Thursday, 22 March 2012

Kes Penculikan Dah Berleluasa Semula Ke ???

Views



Sejak kebelakangan ni lepas satu2 kes culik terjadi kan...sebelum ni dah senyap sekejap...tiba2 gempar dengan kes adik Nur Nadhirah Abdullah @ Dirang, 5 tahun, diculik & akhirnya mangsa ditemui mati rentung angkara dendam penjenayah terhadap neneknya...ni la dianya ibarat kata pepatah "marahkan nyamuk kelambu dibakar"...sedih rasanya bila yang tak bersalah menjadi mangsa...

Nurul Nadhirah Abdullah @ Dirang

Selepas itu terpapar pula cerita kes culik adik Nazatul Fadiana Muhd Izwan, 14 tahun...
Alhamdulillah mangsa selamat ditemui di Bangkok...Sekarang ni yg terbaru kes culik adik Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun...mangsa dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan...

Nazatul Fadiana Muhd Izwan

Siti Nur Fatihah Mahadi

Sy pasti sekarang ni ramai ibu bapa yg tak senang duduk bila mendengar kes2 sebegini...siapa yg tak sedih bila ada ahli keluarga yg hilang diculik...kalau dijumpai selamat alhamdulillah tapi yg ditakutkan jika berlaku sebaliknya...ya Allah mohon dijauhkan la...

Tambahan pula sekarang heboh misteri 'van putih' muncul kembali...sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan penculikan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pada Ogos 2007...kes ni berakhir apabila mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya...korang2 pun sedia maklum kan tragedi yg menimpa mangsa...masa tu memang menangis baca kisah mangsa...

Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak2 perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun, turut dilaporkan hilang awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras...Apa yg menyedihkan mangsa masih gagal ditemui sehingga kini...

Sy harap kepada ibu bapa awasi la anak2...kepada korang2 juga berhati2 la ye...sekarang ni di mana2 pun dah tak selamat...kalau dulu2 manusia takut dengan makhluk yg tak nampak...tapi sekarang ni manusia takut dengan manusia pula...mana tak nya mereka lagi kejam & tak berperikemanusiaan...

Marilah kita doakan semoga mangsa2 yg telah pergi meninggalkan kita berada aman di sana...kepada yg masih hilang didoakan selamat kembali ke pangkuan keluarga...

Al-Fatihah

Update : "Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar ahad lepas. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami".-SinarHarian


Ya Allah kenapa la buat keluarga susah hati...tak fikir ke perasaan orang tua bila disangka anak diculik...


Update : "Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut. 
"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini , malam Rabu." - Mstar


Ni harap2 bukan kes lari ikut teman lelaki la hendaknya ye...


Kata Hatiku : Mohon dijauhkan dari malapetaka yg tak diingini berlaku kepada insan2 yg tersayang...

Sumber Gambar : Google

Wednesday, 21 March 2012

Jawapannya ialah...... (*_*)

Views

Hehee post ni adalah untuk menjawab persolaan dari entri ni...saje je nak suruh korang main teka2...padahal tengok je pun dah leh agak ape dia nya kan ^_^

Sebenarnya bukan sy yg masak pun...adik sy yg masak...masakan orang bujang namanya...masa tu dia kena tinggal sorang2 sebab kakak2nya balik kampung...dia pulak tak dapat nak balik sebab penat bertugas...adat le kan dah keje pun polis...sedia berkhidmat bila2 masa je la kan...hehee...

Kalau dia masak, memang segala benda dia nak campak dalam masakan tu...Ni la dia bahan2 yg di perlukan...

Telur
Bawang Merah
Lada Benggala
Tomato
Cili Padi
Planta
Garam


Dan hasilnya jadilah seperti di bawah ini (*_*)
-
-
-
-
 

Yeay betul TELUR DADAR !

Hehee kepada yg sudi meneka sy ucapkan terima kasih...ade yg kata pizza, telur dada (hahaha ni kes huruf R tetiba hilang kat keyboard ekkk) & yg paling terkejut telur dadah (ayoyooo takut nak makan dengar nama gitu)... 

Sebagai tanda penghargaan sy promote link yg menjawab tak kira la betul ke tak (banyak yg betul pun) hehehe...korang2 jenguk la ye blog mereka ^_^



TERIMA KASIH YE 


Kata Hatiku: Bila perut tengah lapar...tengok makanan ape pun sedap je kan :)

Wordless Wednesday #10 ~ Cer Teka...Apakah Ini ???

Views






Kata Hatiku : Jawapan akan diberikan di entri seterusnya ye :)

Tuesday, 20 March 2012

Beringat Sebelum Kena !!!

Views

Salam sumer...
Mari kita lihat salah satu strategi perompak di zaman canggih ni...Ni la dia orang yg bijak pandai tapi menyusahkan orang...tak kena kat dia takpe la...Allah tu maha mengetahui cuma cepat dan lambat je balasannya...




Dah tengok kan camne...so lepas ni kalau rasa nak keluarkan duit berkepuk2 tu elok la ada yg temankan...jangan pergi sorang2 je...tapi tu la kan dalam kita beringat pun kalau dah takdir Allah nak kena, kena juga kan...
Jikalau Allah kata "KUN FAYAKUN". Jadilah ! maka jadilah ia !
Apa yg boleh kita lakukan hanyalah berdoa moga kita sentiasa di bawah lindunganNya...


Kata Hatiku : Berdoa moga tiada bencana yg tak diingini berlaku pada diri sendiri & juga insan2 yg tersayang.

Sumber : Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...