Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal & hati berbual berkenaan kasih & cinta...
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yg mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia, Dia yg hakiki, juga dia yg entah ke mana akhirnya...
Akal : Tidak mengapa, itukan fitrah manusia
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yg lebih utama.
Hati : Tapi...Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih & sayang
Akal : Bagiku cinta itu gila
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yg dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yg diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yg lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yg aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat & patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi...Apa sebenarnya yg engkau ingin sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang & malam ! Tegas hati...
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yg lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras megalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yg gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa & tangisan hambannya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis...sepi...kesal...
Sy tertarik dengan artikel ini & ingin berkongsi bersama di sini...
Kadang-kadang ketika ditimpa dugaan mesti ada yg merintih sendiri kenapa kita yg terpaksa tempuhinya bukan orang lain...betul tak??? Tanpa kita sedar Allah telah mengatur yg terbaik untuk kita sebenarnya...yg pasti kita harus redha dengan ketentuanNya...
Kata Hatiku : Setiap yg berlaku ada hikmahnya...
Sumber : iluvislam
nice entry..ak suka part ni
ReplyDeleteApabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yg dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yg diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yg lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
mmg btol.
tu la kn...mana2 yg brcinta pasti tahu akn kebenarannya...
ReplyDeleteperbualan yg amat menarik ... peringatan yg amat baik
ReplyDeleteLike Like Like..
ReplyDeletenice....
ReplyDeleteIbadah itu cinta. erkasih2an dengan ALlah...
SUka this statement.. :)
Tetiba tukar humming aishiteru kepada melagukan asma al husna versi siti nurhaliza sambil bersimpuh.. Salam singgah.. cantik blog.. :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah,iman aku sihat.Harap b'tambah sihat dan istiqomah dalam jalan islam.Nice sharing...
ReplyDeletesuka ayat nie "Cinta kepada manusia yg gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa & tangisan hambannya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!"
ReplyDeletenice entry nie..terasa diri ini begitu juga..
peringatan yg amat berguna
ReplyDeletemana yg baik kita jadikan panduan bersama :)
ReplyDeletedone follow..heheh
ReplyDeletenice articel..
ReplyDeletebagus kali artikel_nya,,,salam kenal ajja,,,