Monday, 20 February 2012

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Views




Doa merupakan permohonan atau pengucapan seorang hamba yang dilakukan secara langsung dengan Allah SWT...kita perlu tahu setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah SWT...




Firman Allah SWT bermaksud : "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik."(Surah Al A'raaf,ayat 55-56).

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan & kemuliaan yang berbeza-beza...Di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik & mustajab untuk berdoa...Tetapi kadang-kadang kita mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut...

Kita menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama & tidak berbeza. Setiap orang Islam seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama & mulia untuk berdoa agar mendapat kejayaan, keuntungan, kemenangan & keselamatan.

Di sini sy ingin berkongsi bilakah waktu-waktu mustajab yang sepatutnya kita tadahkan tangan memohon doa kepadaNya...kepada yg sudah tahu anggaplah ia sebagai peringatan tambahan dalam memori ye ^_^

Waktu-waktu mustajab tersebut ialah : -

1. Sepertiga akhir malam
2. Tatkala berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
3. Setiap selepas solat fardu
4. Ketika saat perang sedang meletus
5. Sesaat ketika hari Jumaat
6. Ketika bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah SWT
7. Doa di antara azan dan iqamah
8. Doa ketika sujud di dalam solat
9. Ketika saat sedang hujan
10. Ketika ajal tiba 
11. Saat berlakunya Lailatul Qadar
12. Doa ketika hari Arafah
13. Ketika berpuasa
14. Sepanjang perjalanan musafir
15. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadat haji dan umrah
16. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
17. Waktu menerima ujian
18. Ketika ayam berkokok
19. Ketika membaca al-Quran terutama apabila khatam al-Quran



Kata Hatiku : Mengadulah kepada Allah kerana Dia maha pengasih & penyayang...






8 comments:

  1. sangat bermakna..tq for sharing!!!!;-)

    ReplyDelete
  2. Jangan sesekali Putus doa...DOA senjata buat kita semua.. InsyaALLAH..!

    Terima kaseh sudi berkongsi.. :)

    ReplyDelete
  3. tq share..alhamdulillah sgt bermakna :)

    ReplyDelete
  4. same2...perkongsian utk kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  5. terima kasih..yup..doa hadiah yg paling baik....nyue pon selalu bdoa moga2 kami cpt2 naik pelamin..he3

    ReplyDelete
  6. nice. tapi kalau doa tak diterima skalipon,teruskan la berdoa sebab itulah talian antara kita ngan ALLAH.

    ReplyDelete
  7. Berdoalah selagi nyawa masih bernafas, jangan tunggu lima perkara sebelum datangnya lima perkara tersebut, yakni:



    1. Sihat sebelum sakit
    2. Muda sebelum tua
    3. Kaya sebelum miskin
    4. Lapang sebelum sempit
    5. Hidup sebelum mati


    *beringat untuk diri sendiri jugak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...