Monday, 9 April 2012

Jeng Jeng Jeng... Akhirnya ~ TQ Nuffnang (^_^)

Views




Salam

Syukur alhamdulillah hari ni 9 April 2012 genap 5 bulan usia blog ni...sebelum ni sy ada kongsi citer pasal hasil blog sy di usia 3 bulan di entri ni...dan setelah 5 bulan inilah pula hasilnya....


Pageviews & Posts




Followers



Nuffnang

Jeng Jeng Jeng...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Akhirnya pendapatan dari Nuffnang dah boleh di tebus...tapi sy tak tebus pun lagi...biarlah dia beranak pinak kat dalam tu dulu...hehehe...ape pn sy ucapklan terima kasih banyak2 kat korang2 yg follow blog ni...yg rajin singgah blog ni & sedekah kat sy (*_*)
Kepada yg rajin klik iklan kat sini bagitau la ye...sy datang blog korang klik2 plak...
Sy mengharapkan sokongan dari korang2 sumer tau...

Happy Blogging

Kata Hatiku : Sekadar berkongsi cerita...bersyukur dengan rezeki yang ada...


Friday, 6 April 2012

Mengimbau Kenangan Zaman 80an

Views


Salam...

Siape yg lahir tahun 80an angkat tangan cepat...hehee kita geng ler...tetibe teringat zaman kanak-kanak ribena pulak...dulu-dulu balik je dari sekolah mesti ade je gula-gula yg dibeli...ate dulu-dulu dengan duit sekupang dah boleh dapat 2 biji gula-gula kan...pastu senyum-senyum sikit kat pakcik kedai kompem boleh dapat gula-gula extra...hehehe bukan ape pakcik tu kenal saya ni cucu sape...sebab tu boleh dapat lebih...sebut nama arwah atok je kat area kampung tu pasti orang kenal...tumpang glemer arwah atuk le waktu tu...meh kita layan gambar gula-gula kat bawah ni ye (*_*)


Gula2 Udang

Ini le gula-gula yg paling saya suke...gula-gula udang namanya...buruk lantak punye pasal plastik yg lembut kat dalam tu pun ditelan juga...elehhh korang2 pun mesti same jugak kan (^_^)



Chewing Gum

Hehee yg ni pulak mula2 makan manis je rasa...lama2 jadi tawar pastu baru le boleh nak buat belon...tiup besar2 pastu meletup habis comot mulut...kan kan kan :)



Coklat Duit

Coklat duit ni pun mesti ada je beli...sedap je rasa lemak2 coklatnya...kalau tak silap gambar duit RM1 kot...yg gambar kat atas ni macam tulisan Cina je kan...



Kandos
Kandos ini juga jadi santapan zaman kecikku...hehee...ade ke lagi sekarang ni...payah nak jumpa dah rasanya...

Gula2 Susu
Gula-gula ni pun dah payah nak jumpa...macam2 perisa ada kan...selalu beli cari yg perisa coklat je (^_^)

Coklat Bendera

Coklat ni harganya dah tak ingat pulak...tapi still mampu milik la...sekarang ni ada lagi kan, tapi isi dalamnya yang tak sama...tu yg tak bestnya...


Ni la sebahagian dari gula-gula zaman 80an...banyak lagi sebenarnya...nanti penuh pulak entri ni dengan gambar gula-gula...apa pun kenangan dulu2 memang menyeronokkan...dulu nak makan gula2 main sebat je...tapi sekarang ni nak makan gula2 pun kena hati2...bukan apa kot ada bahan2 yg boleh memudaratkan...
Saya rinduuuuuu zaman kanak2 saya....

Korang ingat tak lagi gula2 ni???



Kata Hatiku: Tahun 1980an sekarang dah tahun 2012...ehhh korang2 yg seangkatan...kita dah tua la (*_*)


Gambar : Google

Thursday, 5 April 2012

Ada CINTA Dalam BISMILLAH

Views




Bismillahirrohmannirohim
(Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

BISMILLAH satu kalimat yang tidak asing bagi seorang muslim.  BISMILLAH  diucapkan ketika akan memulai setiap perkara yang bermanfaat. Rasulullah bersabda, "Setiap perkara yang tidak dimulai dengan  BISMILLAH  (dalam riwayat lain: dengan mengingati Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya."
Mari kita sama-sama lihat kelebihan yang ada pada kalimat ini...

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi).


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat penjaga neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian, kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Perkongsian untuk yang masih tidak mengetahui hal ini dan kepada yang sudah sedia maklum moga ia akan menguatkan lagi memori dalam fikiran kita...
Selamat beramal (^_^)


Kata Hatiku : Hanya dengan menyebut satu kalimah sahaja Allah memberikan pelbagai ganjaran kepada kita...rugi kalau kita tak amalkan...


Wednesday, 4 April 2012

Wordless Wednesday #12~Cute je kan ?

Views




Kata Hatiku : Tengok kucing comei2 ni dpt jugak ilangkan bosan...

Sumber : Facebook

Friday, 30 March 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Views






Sesungguhnya pengalaman orang bersalin ni lain2...ada yg diberi laluan mudah, tak kurang juga yg diuji dengan kesakitan...yg pasti mereka yg telah bergelar 'Umi', 'Ibu', 'Mama', 'Mak', 'Mek' sudah merasai dan mengalaminya...dan selepas itulah kita akan berfikir begitulah sakitnya saat ibu kita melahirkan kita...oleh itu, berbuat baik lah kepada ibu yg telah bergadai nyawa nak melahirkan kita ke muka bumi ini...Di sini sy kongsikan fakta tentang kelahiran...marilah kita lihat dengan mata hati kita (*_*)



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji.


Ya Allah...lihat la betapa Allah itu maha pengasih & penyayang sifatnya...setelah diberinya kesakitan, dihadiahkan pula dengan pahala...bersyukurlah sekiranya kita bergelar wanita...kerana nikmat itu Allah berikan kepada kita, tidak kepada lelaki...                                       



Kata Hatiku : Moga ibu2 di dunia ini sentiasa di bawah lindunganNya...

Sumber : Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...