Thursday 23 February 2012

Ke Mana Roh Kita Sebaik Keluar Dari Jasad ???

Views





Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahanam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata : "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr: 24).

Sedang ROH BERIMAN, sebaik kelura dari jasad terus di bawa melalui & lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah SWT, lantas Allah berfirman :

Hai Jiwa yang tenang. Kembalikah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga ku (Al Fajr : 27, 28, 29).

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah. Kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR. Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.

Artikel ini sy baca di Facebook seorang sahabat & beliau memberikan keizinan untuk di kongsikan bersama...sy percaya tidak ramai yg tahu akan hal ini & marilah sama-sama kita ambil iktibar...Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


Kata Hatiku : Terasa kerdil di sisi Mu...Tetapkanlah iman ku mengikut jalan kebenaran Mu....


18 comments:

  1. Salam kenal dan kunjung balas.

    dr dulu, cukup terkesan dgn ayat: "..mati itu benar, soal kubur itu juga benar.."

    ReplyDelete
  2. sememangnya mati itu benar.. dan mengingati mati itu sgt baik.. kerana dari situ akan timbul kesedaran utk kita memuhasabah diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  3. lebih baik mengingati mati. thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  4. Subhanaallah..moga2 dijauhkan dari neraka jahanam...amin...

    ReplyDelete
  5. kita pelu sesalalu mengingati mati bawu kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk lebih baek..

    ReplyDelete
  6. mati itu pasti... hidup itu insya-Allah... semoga kita tergolong dlm golongan beriman...

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua tergolong dalam kelompok roh-roh orang yang beriman..



    Mati.. semua orang bakal merasainya nanti. Selamat menaiki kereta mayat!

    ReplyDelete
  8. suka baca tentang kematian..menginsafkan diri kita supaya lebih takut pdNYA dan beriman padaNYA..dan dpt baiki diri kita

    ReplyDelete
  9. yup..rasenye ramai yg xtahu hal ni..ayu pun baru je tahu..thanks share sini:)

    ReplyDelete
  10. hari2 kita ingat mati.. sebab bila ingat , kita takkan buat benda2 mungkar dan lebih mmbuat amal jariah.. mudah2an kita semua tak trgolong dlm golongan munkar.

    ReplyDelete
  11. semoga kite berada dlm golongan roh beriman... amin :)

    ReplyDelete
  12. Huh , takowtnya baca entry nieyh . :/

    ReplyDelete
  13. moga kita termasuk dalam roh beriman.insya-ALLAH.tingkatkan lah amalan ke arah itu.

    ReplyDelete
  14. Yang manakah Kita??? Muhasabah diri...

    ReplyDelete
  15. erk...seram nya...mintak jauh.

    ReplyDelete
  16. tumpang lalu..
    masyaallah terasa kedil nya diri ini..

    ReplyDelete
  17. admin, mintak share ye....:)

    ReplyDelete
  18. betul2...tahukah kamu siapa orang paling bijak antara kamu....
    sesungguhnya orang yang paling banyak mengingati mati adalah orang paling bijak antara kamu....dan bersedia menghadapinya...

    wassalam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...