Thursday 12 April 2012

Pentingnya Doa Dan Restu Ibu Bapa

Views




Salam 
Mari kita lihat dengan mata hati kita...moga ada secebis kesedaran kepada sesiapa yang telah membelakangi keluarga dalam apa jua hal...




Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"


Pengajaran Hadis:


1. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.


2. Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu dapa dan menjaga mereka sebaik-baiknya.


3. Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibubapa yang belum langsai semasa hayat mereka.


4. Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah berkeluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dia ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.


5. Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Saya merasa sebak ketika menaip entri ini kerana mengenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku melibatkan hal ibu bapa...ada yang membiarkan ibu hidup merempat mengharap belas kasihan dari orang lain...ada yang meninggalkan bapa di perhentian bas tanpa memikirkan kepiluan hati seorang ayah...dan macam-macam lagi kisah yang kita boleh lihat di dada-dada akhbar....ya Allah di manakah letaknya hati mereka-mereka yang kejam ini...moga engkau tidak pesongkan hati hambaMu ini ke jalan yang tidak engkau redhai...
Moga ada manfaat untuk kita bersama...Amin





Kata Hatiku : Terlalu tersentuh bila mengenangkan hal-hal yang berkaitan dengan ibu bapa...mengalir la air mata ini...

Sumber : Facebook & JAKIM



20 comments:

  1. syg nye pada mak dan abah. Mereka tiada ganti..

    ReplyDelete
  2. pentingnye restu ibu bapa kan..sebab tu la nk wat pape pun biarla parents tau atleast dorang akn doakan yg terbaik utk kite..:)

    ReplyDelete
  3. sudah tentunya...walau apapun, mereka tetap org tua kita...tiada tukar gantinya...hum, tp ayah sy sudah takde...namun tggjwb msh ada kan...insyaAllah akan dilaksanakan sebaik mungkin... :)

    ReplyDelete
  4. Betul.....love our parents....^_^

    ReplyDelete
  5. ya... restu ibu bapa amat penting...
    kt sbg anak jgn lah menguris hati mereka...
    dan setiap tutur kata mereka adalah doa mereka utk kita...

    ReplyDelete
  6. setuju sgt..kalo cite bab ibu bapa ni dan2 rs sebak btandang.

    ReplyDelete
  7. sama la mcm saya..pasti tersentuh bila berkisah tentang ibabapa terutamanya ibu..'(

    ReplyDelete
  8. amin~ semoga kita tergolong dalam golongan anak2 solehah :)

    sihat dear:)

    ReplyDelete
  9. Subahanallah... RIndunya kat mereka... :'(

    ReplyDelete
  10. tiba2 rasa rindu dkat family..nsib smlm bru coll..sebak banyak etry akak..

    ReplyDelete
  11. restu kedua ibubapa kita sgt2 penting..!
    kalau kita ingkar, pasti ada pkara yg tidak baik tjadi pada kita, tnda balasan ALLAH kerana derhaka kepada ibubapa..

    ReplyDelete
  12. Tanpa ibu bapa siapalah kita kan...
    ibu lah yang membesarkan kita, mengajar dan mendidik agar kita menjadi insan yang berguna....
    Mengapa kita selalu engkar...kata ibu bapa sudah luper kah kita kepada jasa2 dan pengorbanannya...
    MANUSIA SELALU LUPA....

    pls : Panasnya Neraka jahanam visit me k....
    http://mselim3.blogspot.com/2012/04/panasnya-neraka-jahanam.html

    ReplyDelete
  13. penting kan parents dlm hidup kita :)

    ReplyDelete
  14. dalam ape2 hal pun kita mesti dahulukan ibu bapa. jauhkan kami dari kelalaian terhadap ibu bapa. Amin..

    ReplyDelete
  15. sambil baca..sambil klik-klik..
    ;)

    ReplyDelete
  16. ada entry utk awk... mungkin awk terlps pndg..singgah la baca... jgn marah ya... :)

    http://norumara.blogspot.com/2012/04/jom-berkenalan-dengan-mereka-part-2.html

    ReplyDelete
  17. btl tu... tak paham knp lah ada yg sanggup tggal mak bpk diorg merata2...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/beza-lelaki-dan-perempuan-bila-menangis.html

    ReplyDelete
  18. dya akan jaga ibu bapa dya..diaorang lah selalu tolong bila dya kesusahan..ermm

    ReplyDelete
  19. hmmm...memang penting pon doa restu mereka.tanpa ibu bapa,kita takde kat atas muka bumi ni.

    ReplyDelete
  20. i pun buat entry pasal keberkatan hari ni.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...