Monday 12 March 2012

Bacalah Al Quran Wahai Sahabat

Views




Analogi Cerita Yang Membuka MINDA...

Seorang lelaki tua tinggal di sebuah ladang bersama cucu lelakinya. Setiap pagi si datuk akan bangun awal dan duduk di anjung rumah sambil membaca al-Quran.

Si cucu pula sangat mengkagumi datuknya. Dia ingin menjadi seperti datuknya lantas mengikut dan meniru apa saja yang dilakukan oleh lelaki tua itu.

"Tok, saya cuba membaca Quran seperti yang tok lakukan setiap pagi tetapi saya tidak faham. Saya akan lupa apa yang saya baca sebaik saja saya menutupnya. Apakah kebaikannya membaca Quran padahal saya tidak memahaminya?" kata si cucu pada suatu pagi.

"Ambil bakul ini dan bawa ia ke sungai. Cedok air sungai dan bawakan air itu kepada datuk" pinta si datuk.

Si cucu melakukan apa yang di suruh oleh datuknya tanpa banyak soal. Namun setiap kali dia mencedok air menggunakan  bakul itu, air tersebut akan kering sebelum dia sempat sampai di rumah.

"Cucu mesti berlari dengan lebih cepat supaya air yang di dalam bakul itu tidak sempat kering" kata si datuk sambil tersenyum.

Si cucu pun berlari sambil membawa sebakul air dengan harapan ia akan sempat sampai di rumah sebelum air yang di dalam bakul itu kering. Malangnya, selaju mana pun dia berlari, air di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di rumah. Si cucu kepenatan lalu menemui si datuk untuk memberitahu bahawa betapa mustahilnya untuk membawa pulang air di dalam bakul.

"Kenapa kita tidak gunakan saja timba untuk mengangkut air?" tanya si cucu kepada datuknya.

"Yang datuk inginkan ialah sebakul air bukan setimba air. Kamu tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh" kata si datuk.

"Saya akan tunjukkan kepada tok bahawa sia-sia saja mengangkut air menggunakan bakul" kata si cucu lagi.

Sekali lagi, si cucu mencedok air dengan menggunakan bakul dan berlari sekuat hatinya menuju ke rumah namun air yang di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di sana. Perbuatan ini diperhatikan oleh si datuk.

"Tok dah lihat sekarang kan? Mustahil untuk mengankut air menggunakan bakul. Ia adalah perbuatan yang sia-sia" kata si cucu.

"Jadi cucu ingat ia adalah perbuatan yang sia-sia? Cuba cucu lihat keadaan bakul itu" kata si datuk.

Si cucu melihat dan membelek bakul tersebut. Pertama kali dia perasan yag keadaan bakul itu berbeza sekarang. Bakul itu kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya, luar dan dalam.

"Cu, begitu juga yang terjadi apabila kita membaca Quran. Mungkin cucu tidak memahami dan tidak mengingati semua isi kandungan Quran tersebut tetapi cucu akan berubah menjadi bersih, luar dan dalam. Begitulah caranya Allah memelihara kita di di dunia ini" kata si datuk.

MORAL OF THE STORY : BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI NESCAYA HATI ANDA AKAN BERSIH DAN SUCI JUGA MEMPEROLEHI KETENANGAN HATI...


Kata Hatiku : Cucilah hati dengan ayat-ayat al-Quran bukan guna yang ini.


Sumber : Facebook

23 comments:

  1. betul tu...baca alquran memang dapat tenang kan hati..;-)

    ReplyDelete
  2. good info.....(^_^)insyaallah semoga hati dan diri kita bertambah bersih dan suci..amin...:)

    ReplyDelete
  3. Membaca Al-quran dapat sentiasa mengingati Allah S.W.T ^^

    ReplyDelete
  4. yer..sokong tu..(^___^)..sentiase mmbace Al-Quran..jangan cepat mengeluh..insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. kisah ni betul memberi pengajaran dan pemamahan, terima kasih.. sebab ramai juga dikalangan kita sering bertanya faedah baca Al-Quran sedangkan tak faham maksud dan tak ingat

    ReplyDelete
  6. orang yang baca al-quran ,,hatinya selalu tenang..

    ReplyDelete
  7. Al-Quran dapat menjadi penjaga kita dan pendinding utk kita .
    nice info :)

    ReplyDelete
  8. menarik kisah ni...memang betul al- quran tu pegangan idup kite..:)

    ReplyDelete
  9. SubhanALLAH..!

    Kesannya amat haluskan.. :)

    Sy dah sihat, terima kaseh ya.. :)

    ReplyDelete
  10. subhanallah
    btol2 bukak minda ^^,

    ReplyDelete
  11. betol.. baca alquran byk kelebihan dan menjadi teman di kubur..

    follow sini... jom ke blog saya...

    ReplyDelete
  12. bnyk kan kelebihan mmbace al-quran nie.. tak rugi pon kalu bace :)

    ReplyDelete
  13. banyak pengajarannya. kak mia pun ada wat entri ni dalam blog, sumber dari emel...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..mmg benar.hati akan tenang bila baca al-Quran.malah senang nk dpt pahala.

    http://seindahnostalgiasemalam.blogspot.com/2012/01/bacalah.html

    ReplyDelete
  15. This is a good info. Visiting here again..

    ReplyDelete
  16. Bagus artikel nie...betul2 buat ana teruja....
    Bagus teruskan penulisan yang baik...istiqamah k...

    Wassalam...

    ReplyDelete
  17. dya suka entry ni..al-quran dapat menenangkn hati

    ReplyDelete
  18. nice info akak .. err , saya dah klik churp2 akak .. hehehe ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...